Wednesday, February 10, 2010

Nak ke mana?

Di luar salji masih turun tanpa henti menyebabkan pemandangan kelihatan suram, penuh dengan keputihan gompolan salji, suhu hingga kini mencecah -6'C. Bilalah agaknya musim sejuk akan berakhir? Dikhabarkan musim sejuk kali ini paling teruk berbanding sebelumnya, begitu banyak kemalangan terjadi, belum lagi dikira jumlah pembatalan penerbangan udara dan darat (kereta api) akibat salji yang tebal yang menghalang kapal terbang mendarat dan melumpuhkan sistem perkhidmatan awam.

Saya berasa sangat gembira semalam kerana saya, abang dan adik dapat berbual-bual melalui konferens di Yahoo Messenger. Sebenarnya sudah agak lama kami tidak berhubung dek kerana kesibukan masing-masing dan perbezaan masa antara kami. Alhamdulillah semalam berjaya mengumpulkan kami yang jauh berada dari keluarga untuk berbincang dan bercerita mengenai perihal diri termasuk masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Esok, saya akan pergi bercuti lagi. Tapi cuti musim sejuk ini bukanlah sekadar bercuti semata kerana tujuan saya ke sana ialah untuk mencari ilmu ukhrawi. Tempat percutian saya ialah Ireland. Di sana, lebih tepat lagi di Galway akan dianjurkan daurah selama dua hari pada 13 dan 14 Februari 2010. Sebelum ini, saya telah terlepas untuk mengikuti daurah yang diadakan di NICE, France kerana telah membeli tiket ke London. Jadi, kali ini saya tidak boleh terlepas untuk kali kedua.

Malam esok saya akan bertolak dari rumah dengan menaiki bas menuju ke Stuttgart Airport. Mengikut perancangan awal, saya dan Izi akan pergi bersama ke Ireland, menaiki kapal terbang seawal jam 6 pagi. Kita hanya merancang namun Allah jualah yang menentukan. Malang x berbau, jadual peperiksaan Izi berubah menyebabkan kami tidak dapat pergi bersama. Terpaksalah saya mengembara seorang diri. Izi juga begitu. Kami tetap akan ke tempat yang
sama cuma berlainan tarikh dan masa pergi dan balik.Saya akan bermalam di lapangan terbang itu selama 6 jam. Tidur atau tidak bergantung kepada kekosongan tempat untuk dijadikan alas dan tahap mengantuk. Ini merupakan kali pertama saya pergi ke lapangan terbang itu, jadi x tahulah macam mana keadaannya di sana.

Bohonglah kalau saya katakan saya tak merasa takut dan biasa sahaja. Secara jujurnya,memang terlahir perasaan bimbang dan takut bila memikirkan saya akan pergi ke sana tidak berteman. Namun, saya harus memberanikan diri. Doakan saya selamat ye.





p/s: long dan ith, x soh sipe doh rahsia tuh. Sakni masa telepon ummi, ter royak maso ummi tanya. X leh nok ngelok. Pahtu pehe2 jah la, soh2 ummi bimbe..

6 comments:

hanafijaafar said...

takpe, anggap la ni cari pengalaman.

faizal said...

hahaha..
hati2...
tapi xpe, Allah sentiasa di sisi

sue said...

hanafi n faizal: cuma takut jmpa org mabuk time otw nak g bus stop.hehehe

bahiah said...

bagus2 sue! semangat pegi dauroh wlupon jauh. saya yg dauroh dekat pon kdg2 berat langakah. :)

kena letak niat yg betol kan? huhu.pegi elok2. kalu jmpa org mabuk, hati2 ye.

fareast said...

jauhnya daurah, all the best.

sue said...

bahiah:yup. niat kena betul.
fais: tu la jauh kan.. nak wat cane. kat german jarang ada xtvt islamic. so, kena la cari kat tempat jauh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails