Tuesday, February 23, 2010

Misi Ke Ireland

Untuk percutian kali ini, saya tak nak menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku sebabnya tadi nak menulis pasal misi ke Ireland tapi seperti ada yang menghalang saya untuk memberitahu kepada kalian apa yang berlaku pada saya di sana. Saya hanya akan memaparkan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang di Ireland.
Jumaat, 12 Februari 2010
Berlepas dari German ke Dublin. Tiba di Dublin lewat petang dan tidur di rumah pelajar di Dublin.

surau di Terminal 2 di Frankfurt International Airport

Sabtu - Ahad, 13 dan 14 Februari 2010
Bertolak ke Burren, Galway menaiki bas yang disewa khas bersama pelajar-pelajar Ireland. Menyertai Program Grand Quranic Circle (tujuan utama ke Ireland). Alhamdulillah saya memperolehi banyak ilmu dalam banyak perkara dan membuka mata serta minda yang selama ini tidak jelas.

Isnin-Selasa, 15 dan 16 Februari 2010
Berada di Cork. Bermalam di rumah Naqibah. Suasana di rumah itu sangatlah damai. Rumah yang selalu diimarahkan dengan solat berjemaah, sesuatu yang jarang terdapat di German. Berjalan-jalan di sana dan sempat lagi membeli-belah (beli jaket baru). Diperkenalkan dengan kedai Penneys, kedai yang murah, harganya lebih murah berbanding kedai murah di German. Rumah kat sana cantik-cantik, dengan infrastruktur yang saya rasa sangat menarik.

makan di Banna Thai Restaurant di Cork


Cork City Center


University College of Cork


Quadrangle of UCC


bergambar bersama tong sampah warna purple (jumpa dengan warna kegemaran kena amik gambar..hehehe)

Rabu, 17 Februari 2010
Bertolak ke Galway untuk pergi ke Cliff of Moher. Tapi sesuatu telah berlaku menyebabkan kami terpaksa melupakan hasrat kami itu. Makan tengahari di Galway dan langsung membeli tiket Ke Dublin. Hari ini agak sia-sia kerana banyak menghabiskan waktu di dalam bas iaitu selama 8 jam.

Khamis, 18 Februari 2010
Berjalan-jalan di sekitar Dublin. Melihat Spire of Dublin, membeli cenderahati kepada keluarga dan kawan-kawan. Juga pergi ke Trinity College of Dublin (TCD), sebuah institusi pengajian yang tertua di Ireland. Melawat Book of Kells, dikenali sebagai Bible lama mereka.

Spire of Dublin

Kota Dublin



The Book of Kells (berada di dalam kawasan Trinity College)

sekitar Trinity College




Jumaat, 19 Februari 2010
Pulang ke German.


p/s: gambar-gambar lain akan dimuat turun selepas berjumpa Izi.

5 comments:

hanafijaafar said...

cantik lagi tong sampah tu dari yang ada kat jermen.

grounded said...

bestnye berjalan...dahsat gak diaorang boleh maintain bangunan lama...kalau kat malaysia sure kena roboh dan diganti dengan bangunan ultra moden atas nama pembangunan...

sue said...

hanafi: tong sampah dia warna purple..tue yg lawa

grounded: negara barat kebanyakannya memang mereka jaga sangat2 bangunan lama. bangunan moden ada, tapi bukannya dengan robohkan yg lama.

fareast said...

bestnya melancong, kalau di Europe, boleh pegi banyak tempat, kalau di Jepun ni, sekitar Jepun je la. Kalau dari segi infrastuktur dan senibina, dari atas sampai ke bawah Jepun, semuanya sama sahaja seni binanya. Hmmm...

sue said...

tu la. banyak lagi tempat yg belum pergi esp turki, spain and france. xpe2. setiap negara ada kelebihan dan keistimewaannya. x byk tmpat menarik ke kat sana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails