Setibanya di bilik kesayangan, saya mengambil laptop dan melayari internet. Sebelum pergi ke Ireland, saya pernah bermimpi bahawa keputusan peperiksaan semester dua akan diketahui pada 20 Februari. Gara-gara mimpi itu, tergerak hati saya untuk melayari laman web Fachhochschule Reutlingen bagi mengesahkan kebenarannya. Selepas mendaftarkan diri, tangan pantas menekan bahagian Prüfungen/Noten, subhanallah keputusan memang sudah keluar, bukan pada 20 Feb tapi sama seperti mimpi itu iaitu selepas pulang ke German.
Mata melilau memerhatikan markah untuk subjek yang diambil pada semester dua. Walaupun hati merasa takut, tapi saya perlu menghadapi kenyataan. Alhamdulillah semuanya lulus biarpun ada dua subjek (Digitaltechnik dan Elektrotechnik) yang hanya mendapat markah sekadar cukup makan iaitu 4,0. Saya kehilangan kata, hanya mampu mengucapkan "terima kasih ya Allah". Dalam entri sebelum ini, saya ada memberitahu kalian yang saya x dapat jawab Digitaltechnik dengan baik pun. Tapi Allah tahu apa yang terbaik dan meluluskan saya.
Subjek Mathe agak mengecewakan sebab prestasi saya menurun. Tapi bila difikirkan kembali, mungkin soalan terakhir yang menghalang saya mendapat keputusan yang saya inginkan. Yang selainnya, rasanya tidak perlu untuk diberitahu. Keputusan keseluruhan juga menurun dari 2,3 ke 2,6. Itulah akibat daripada kemalasan untuk belajar dan membuatnya sambil lewa. Sekarang terimalah padahnya. Kawan Malaysia yang sekelas dengan saya mendapat 2,4. Keputusan yang lebih tinggi dari saya.
Cemburu? Ya, saya cemburu dan dengki dengan keputusannya lebih-lebih lagi apabila dia berjaya mendapat 1,0 untuk subjek Technische Mechanik II tapi saya redha sebab saya tahu semuanya salah saya sendiri dan dia berhak mendapat keputusan itu. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana Allah telah membuatkan saya lulus semua subjek dan insyaAllah akan menjadi 'booster' untuk lebih rajin dan berusaha ke arah kecemerlangan serta lebih baik.
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (surah Al-Hadid,57: 22-23)
Akhir kalam, tahniah buat diri sendiri dan berusaha lagi untuk berjaya pada semester 3.
3 comments:
hahaha..la, cepatnya exam result keluar..
saya kat uia ni tengah struggle final year projek..
tinggal sebulan lgi sblum abis..moga2 semuanya ok...
fh/uni saya memang. standard r keluar result x sampai sebulan lepas abis exam. kalu fh lain, ada yg kuar satu2 resultnya,tgh2 minggu exam plak tu. nasib baik fh saya terus keluar sume skali. good luck to u.insyaAllah akan ok
tahniah. alhamdulillah sumanya lulus. fighting sue!!!doakan kejayaan kita brsama :)
Post a Comment