Saturday, March 26, 2011

Cukup tiga kali

Mesti ada yang tertanya-tanya apalah yang tiga kali ni kan?


Hmmm..Sepanjang berada di Bayern, saya mengalami beberapa peristiwa yang saya x suka dan xkan pernah menyukainya. Kali pertama, ia berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Regensburg menuju ke Schwandorf. Pada masa itu, ada berlangsungnya perlawanan bola sepak, membabitkan siapa lawan siapa, saya x tahu. Yang saya tahu, waktu saya balik, penyokong-penyokong bola ini turut sama ingin pulang. Di tangan mereka terdapat botol-botol arak.

Waktu saya menaiki gerabak itu, masih ramai lagi yang normal. Setelah saya mendapat tmpat duduk, saya membiarkan tempat di sebelah kosong memandangkan terlalu ramai orang ingin menaiki keretapi itu. Namun tanpa disangka, tiba-tiba datang seorang lelaki lantas menghempapkan tubuhnya di tempat kosong di sebelah saya. Saya mulai merasa susah hati, dia seperti mabuk dan bercakap-cakap dengan penyokong bola yang lain. Ada yang macam menyindir. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh takut dan dalam hati, saya tidak putus-putus berdoa moga-moga Allah melindungi saya sepanjang perjalanan itu.

Tatkala kita memohon padanya dengan amat sangat, Allah pasti tidak akan mensia-siakan permohonan hambanya. Saya mendengar pengumuman yang menyuruh orang ramai berpindah ke gerabak lain dan menyediakan gerabak itu untuk peminat bola yang 'separuh gila'. Apalagi, saya pun cepat-cepat beredar keluar dari gerabak itu.. Saya lega dan bersyukur.

Kali kedua turut melibatkan orang yang mabuk tapi kali ini pada waktu tengahari pada hari Jumaat, dalam perjalanan dari Roding ke Schwandorf. Awalnya mereka berdiri di suatu tempat yang berjauhan dari saya, tapi selepas itu mereka datang menghampiri dan duduk di tempat yang berdekatan dengan saya. Apa yang saya buat waktu itu hanyalah memandang ke arah lain dan cuba untuk tidak memandang mereka langsung dan cuba buat-buat khusyuk melayan lagu yang dipasang di helwa telinga. Selalunya kalau kena berjalan jauh, saya akan sediakan earphone di telinga, satu untuk membuatkan saya x bosan (saya x boleh membaca ketika kenderaan bergerak) dan kedua memudahkan saya untuk terlelap. Menyambung cerita sebelum ini, mereka membuat bising dan bercakap-cakap seolah-olah cuba menarik perhatian saya. Tapi saya bertahan, nasib baik perjalanan keretapi itu hanya selama 30 minit.

Kali ketiga, minggu lepas waktu saya pulang dari Mannheim. Saya diganggu seorang pak cik tua yang berperangai pelik. Dia asyik memandang saya sepanjang perjalanan keretapi itu. Saya terpaksa memandang ke arah lain dan buat-buat x tahu yang dia memandang saya. Sesekali dia menanyakan saya beberapa soalan. Lepas tu, dia cakap dia x faham apa yang saya cakap. Saya lagi la malas nak melayan. Bila diperhatikan, patutlah. Kejap-kejap minum arak. Mana nak faham kan.

Itulah cukup tiga kali pengalaman saya yang saya rasakan paling teruk setakat ini. Ada sebab dan akibatnya kenapa orang Islam dilarang minum minuman itu.


p/s: cukup tiga entri yang dipaparkan. jumpa lagi, kalau berkesempatan.

5 comments:

faizal said...

salam cik su..
tak de member ke yg teman..
bahaya jalan sorang2 tambah2 lagi kat negara orang. negara bukan islam plak tu
moga Allah lindungi anda selalu.

sue said...

waalaikumussalam wrt.

xde member yg duk kat sini, so nak x nak kene la jalan sorg. bila time praxis agak susah utk pilih tempat yg ada kwn skali.

aminn.. tolg doakan selalu ye.=)

Nini Hartini said...

sue...bahayanye :(
usahakan utk mencari teman ye..
risau akk mendengarnya. Semoga Allah lindungi Sue dr sebarang musibah.

bahiah said...

kalu dah mabuk mmg mcm tu. jalan2 jatuh dlm lubang lagi bagus dorang ni. hehe. baru sdar.

sue said...

kak tini: bukan x nak cari akak, tpi memang xde. jadi nak x nak kene la travel keseorangan.

bahiah: tau xpe, geram sgt lagi bila mabuk tengah2 hari. at least mabuk r malam2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails