Satu bulan pertama, saya selalu juga makan tengahari di kantin syarikat bersama kawan sekerja yang lain. Tapi disebabkan telah berlaku sesuatu, saya menukarnya dengan membawa 'lunchbox' dan makan di dapur aras saya. Jangan tanya apakah sesuatu itu.
Ingatkan saya seorang sahaja yang makan tengahari di situ,
rupanya sangkaan saya meleset. Kebanyakan perempuan yang bekerja di aras yang sama dengan saya turut sama menikmati makanan mereka di dapur yang disediakan. Ramai la juga perempuan, dalam 8-10 orang. Al-maklumlah di bahagian saya, hanya saya seorang sahaja perempuan.
'Lunch box' saya bergantung kepada kerajinan dan mood. Kalau rajin, saya sediakan makanan berat seperti nasi atau mee. Bila malas, alamatnya kena makan sumber berasaskan roti, x pun tengok dalam peti sejuk apa yang ada yang cepat dimasak. Waktu mula-mula makan dengan mereka, saya tertanya-tanya mereka ni kenyang ke makan tu je. Kalau kalian berada di tempat saya, mesti kalian pun akan bertanyakan benda yang sama. Nak tahu mereka makan apa?
Ada yang makan yogurt bersama sebiji epal, ada yang makan buah sahaja. Kalau yang makan roti warna coklat yg sedikit keras lagi x sedap berintikan keju atau salami tu, saya faham la sebab roti tu berkhasiat.
Paling mengejutkan ialah apabila saya melihat salah seorang dari mereka memakan paprika merah atau kalau di malaysia, kita panggil lada benggala. Selamba dia makan itu sahaja. Tiada makanan tambahan yang lain.
Kalau ada yang nak diet, silalah ikut corak pemakanan mereka, confirm boleh kurus.
2 comments:
kenyang ke?? kalu sya, mmg tak kenyang! hehe. tp memadai utk alas perut. :) bes strong sue!!
hahaha.. kite perut kg. tu yg xkan kenyang kalu makan tu je.
Post a Comment