1 Mac, hari pertama saya perlu mendaftarkan diri di tempat kerja, Mühlbauer AG, saya diberitahu oleh Tama, bekas penyewa rumah yang saya kini diami yang juga merupakan pekerja di syarikat yang sama, untuk mengambil bas pada pukul 8.15. Mengikut sahaja apa yang disampaikan, saya menunggu ketibaan bas. Dalam penantian itu, saya disapa
oleh jiran serumah saya, Anthony menawarkan keretanya untuk ditumpangi. Pucuk dicita ulam mendatang, saya pun menerima tawaran yang diberikan memandangkan dia juga bekerja di situ.
oleh jiran serumah saya, Anthony menawarkan keretanya untuk ditumpangi. Pucuk dicita ulam mendatang, saya pun menerima tawaran yang diberikan memandangkan dia juga bekerja di situ.
Berbekalkan beg galas adidas yang di dalamnya tersorok fail, bekas pensel dan air mineral, saya menuju ke pejabat pentadbiran yang menempatkan kaunter pertanyaan. Memandangkan saya tidak diberitahu apa-apa, saya memperkenalkan diri di kaunter tersebut dan memberitahu mereka bahawa saya merupakan trainee yang akan mula bekerja pada hari tersebut. Kemudiannya saya disuruh pergi ke bilik Pengurusan Sumber Manusia. Di sana, saya diberikan sebuah fail lutsinar yang mengandungi dokumen-dokumen penting, ada antaranya yang perlu diisi dan dihantar balik. Turut disertakan ialah sekeping kad yang nanti akan digunakan untuk punch card.
Setelah selesai diberi penerangan, saya dibawa oleh Maria, salah seorang pekerja di bahagian yang saya bekerja, membawa saya ke bangunan yang sepatutnya. Di bangunan itu, saya diperkenalkan dengan Betreuer (supervisor) saya dan beberapa orang pekerja lain. Alhamdulillah saya dilayan dengan baik. Terdapat kepelbagaian bangsa yang bekerja di sini, ada yang dari Morocco dan Cameroon.
Hari pertama tidak banyak yang dilakukan, sekadar diberi penjelasan mengenai itu dan ini. Balik kerja, saya terus kepenatan. Rasa macam nak tidur terus. Tapi perut meminta-minta untuk diisi makanan. Lepas makan, rehat sekejap dan tidur.
2 comments:
berdikarinya sue di tempat kerja! all the best praktikal tau! :)
terpaksa sebab nak terus hidup. hehe.. tq.. bahiah,all the best praktikal jgk!!
Post a Comment