Tuesday, March 22, 2011

Dari Reutlingen ke Roding

Sepertimana tajuk yang tertera di atas, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sekarang saya telah selamat berada di Roding.

Sebelumnya saya harus menyelesaikan beberapa perkara di Reutlingen, antaranya ialah memperbaharui visa memandangkan visa saya akan tamat tempoh pada 28 Februari. Oleh sebab ingin memperolehinya sebelum berpindah, saya telah ke pejabat daerah bahagian luar negara seminggu lebih awal dari tarikh tempoh visa akan ditamatkan. Harapan saya berkecai apabila sehari sebelum saya diaturkan untuk berpindah, saya diberitahu bahawa visa saya tidak mungkin dapat disiapkan pada minggu tersebut dan itu bermakna visa saya hanya akan siap pada masa saya sudah berada di Roding. Mana mungkin saya akan balik ke Reutlingen semata-mata untuk mengambil visa saya, jadi saya menanyakan pegawai yang bertugas alternatif lain yang mungkin ada. Nasib baik masih ada alternatif lain, dengan kata lain saya boleh memperbaharui visa saya di Roding tapi terpaksa membayar euro20. Dia membuat satu visa yang sah selama 3 bulan dan dia akan memindahkan data saya ke pejabat daerah di Roding.

Kemudiannya, saya perlu mendapatkan Lohnsteuerkarte atau wage tax card di Finanzsamt , Arbeitsversicherung atau dikenali sebagai insurans kerja di Techniker Krankenkasse, pergi ke pejabat pos untuk membuat perubahan alamat. Ia bertujuan untuk memastikan surat-surat yang dihantar ke alamat terdahulu dipindahkan ke alamat baru. Penat rupanya pindah rumah, tambahan lagi pindah ke tempat yang jauh. Banyak perkara yang harus diambil kira.

Saya ke Roding bertemankan Izi. Dengan bantuan seorang pelajar senior yang baik hati, dia memandu transporter yang ditempah untuk menghantar barang-barang saya ke Roding. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

2 comments:

Nini Hartini said...

best je bace...best sbb dpt travel sana-sini..nak jugak keluar dr malaysia. hehe...

kire ok lah hal visa dh settle. tp knp pindah?

sue said...

best ke kak tini? best sbb dpt jalan2, tu je. yg lain xde la best sgt.

visa tu belum settle lg, nak kene extend kat roding. pindah sbb roding dgn reutlingen jauh. 5 jam naik tren. penat. lagipun boleh kenal bandar baru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails