Saturday, March 26, 2011

New chapter in my life

Mengenali Roding tidaklah semudah yang disangkakan. Saya bernasib baik kerana saya tidak keseorangan di hari-hari permulaan. Memulakan sesi pengenalan awal dengan bandar ini, saya ditemani Izi pergi meninjau suasana dan keadaan pusat bandarnya pada hari Ahad. Umum mengetahui bahawa hari Ahad merupakan hari cuti untuk semua kedai kecuali kedai makan. Namun yang memeranjatkan kami ialah satu-satunya kedai kebap yang ada di sini turut bersama-sama menjayakan misi kedai tutup. Pada pintu kedai tersebut terpampar notis menyatakan hari ahad merupakan ruhetag (hari rehat).

Setelah penat dan puas berjalan-jalan di sekitar pusat bandar, kami membuat keputusan untuk menikmati makanan yang ada di kedai aiskrim yang letaknya bersebelahan dengan kedai kebap. Selangkah kaki kami memasuki kedai itu, kami merasakan
kesemua yang ada di dalamnya menumpukan pandangan mereka ke arah kami seolah-olah kami makhluk asing. Saya lantas membuat andaian sendiri, berkemungkinan di sini tiada masyarakat turki, jadi mereka jarang atau tidak pernah bertemu dengan orang yang berhijab. Untuk mengelakkan rasa x 'senang duduk', kami buat x kisah. Biarkan mereka dengan dunia mereka.

Melihat kelibat Commerz Bank sudah cukup menyenangkan hati saya, kerana sekurang-kurangnya di sini ada bank yang boleh saya keluarkan duit tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. Dari pusat bandar ke rumah, kami melintasi sebuah jambatan. Dari situ, kelihatan itik-itik dan angsa berenang-renang. Cukup mendamaikan.

1 comment:

bahiah said...

wah~ itik2 dan angsa2 berenang2 sgt comel ok! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails