Di bilik pejabat saya, ada seorang rakan sekerja dari Ukraine. Kami tidak diperkenalkan secara formal kerana pada awal kedatangan saya ke sini, dia tiada di tempatnya. Saya mengetahui namanya pun apabila mendengar orang lain memanggil namanya. Dalam ramai-ramai orang, entah mengapa rasa sukar sangat untuk berkomunikasi dengannya. Bukan tidak pernah mencuba, tetapi saya x boleh. Memandangnya sahaja sudah dirasakan berbisa apatah lagi bercakap dengannya.
Suatu hari di mana Barack Obama menyebarkan berita mengenai kematian Osama bin Laden di media massa, saya tersentap mendengar dia ketawa berdekah-dekah kuatnya sambil menyebut..
"Ha..ha.. ha.. At last, Osama is dead." Lebih kurang macam tulah gaya ucapannya sambil berterusan gelak..
Dengan mendadak, hati saya terus dilanda kesedihan dan sebak yang x pernah saya alami sebelum ini. Mana mungkin saya tidak merasa apa-apa apabila dia mentertawakan kematian saudara seislam saya. X kisahlah siapa pun Osama, buruk atau jahat, saya x sanggup untuk mendengar, melihat atau membaca orang lain bersuka ria atas kematian saudara seislam saya.
Beberapa hari kemudian, sewaktu menunggu bas sampai, saya sempat mencuri-curi dengar perbualan dia dan seorang Indian walhal dia yang cakap kuat, mungkin nak saya dengar sebabnya sebelum tu saya bertemu dengan orang Thailand yang tahu serba sedikit berbahasa Melayu. Saya cuba untuk memperbetulkan bahasa Malaysianya. Dalam perbualan, dia mengatakan bahawa dia takkan sekali-kali datang ke Malaysia biarpun atas urusan kerja. Alasannya, Malaysia bukanlah sebuah negara berdemokrasi.
Dalam bas pun saya masih bisa mendengari percakapan yang dia tak nak pergi negara-negara seperti Mesir, Iran dan Pakistan sebab takut kena rompak. Dia cakap bayangkan dia pergi ke sana dan tiba di hotel. Semasa tinggal di hotel, tiba-tiba dicerobohi oleh orang yang inginkan duit. Selepas itu, dia asyik duk sebut terrorist je. Masa tu nak je cakap depan dia.
"Hello!!! Itu bukan terrorist tapi pencuri dan perompak. Kat mana-mana pun ada kalau hati dah jahat."
Sabar.. Sabar.. Sabar..
1 comment:
Firman Tuhan:
'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman'(ali Imran,139)
Post a Comment