Dalam Islam, kita dianjurkan untuk mengucapkan Alhamdulillah selepas sahaja kita bersin. Ini kerana semasa kita bersin, secara automatik jantung kita berhenti berdegup buat seketika selama beberapa saat. Jadi, sesudah kita bersin, jantung kita kembali berdegup seperti biasa. Ketika mana jantung kita berhenti berdegup, itu sama seperti kita sudah mati. Disebabkan itu, kita seharusnya mengucapkan Alhamdulillah menandakan kita bersyukur bahawa kita masih lagi hidup. Ada beberapa lagi asbab kenapa kita dianjurkan mengatakan Alhamdulillah.
Berbalik kepada cerita Gesundheit. Kalau di German, apabila seseorang bersin, mereka yang mendengarnya akan mengatakan 'Gesundheit'. Mengikut mitos, suatu ketika dahulu bersin dikaitkan dengan satu wabak penyakit bernama Bubonic Plague or Black Death. Bersin merupakan salah satu tanda yang ketara dalam wabak tersebut. Orang ramai berpendapat orang yang bersin akan mati akibat terkena wabak tersebut memandangkan seseorang yang terkena wabak tersebut akan mati selepas sahaja dia bersin. Cerita ini juga berkait rapat dengan Pope Gregory the Great yang telah menyaksikan seseorang bersin sewaktu wabak tersebut berleluasa. 'Dia' mengucapkan God Bless You. Mereka mengucapkan God Bless You atau Gesundheit sebagai tanda seolah-olah memberitahunya supaya cepat sembuh kepada orang yang sedang sakit.
Kalau diteliti, sebenarnya kisah tersebut mempunyai persamaan yang ketara, iaitu kedua-duanya berkait dengan kesihatan. Dan siapakah yang memberikan kita penyakit dan siapakah jua yang memberikan kesembuhan? Jawapannya ialah Allahu Akbar. Walaupun mereka x mengatakan Alhamdulillah seperti kita, tapi ianya menjurus ke arah itu bukan.
Wallahu'alam.
1 comment:
http://www.snopes.com/science/stats/sneeze.asp
Post a Comment