Sunday, June 19, 2011

Pfandflasche

Pfandflasche atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai refundable bottle, cukup dikenali di German dan dua buah negara jirannya iaitu Austria dan Switzerland.

simbol yang menunjukkan botol ini mempunyai deposit


Semuanya berkait rapat dengan kitar semula. Apa sahaja benda yang boleh dikitar semula akan digunakan sebaik mungkin. Rata-rata botol minuman yang ada dijual di sini boleh mendapat 'refund' atau deposit jika kalian menyerahkan kembali ke kedai-kedai runcit seperti Netto, Edeka atau kedai-kedai minuman. 

Hanya perlu mengembalikan botol tersebut di mesin refundable yang disediakan dan kalian akan memperolehi resit yang tertulis perolehan hasil dari pengembalian botol, berapa euro yang kalian dapat. Kedai-kedai ni pun bijak juga, dia x akan berikan kalian duit tapi yang ada hanyalah sekeping resit dan bolehlah membeli barang di kedai tersebut menggunakan resit. Selalunya kalau kalian mengumpul seberapa banyak yang mungkin berkemungkinan mampu mencapai sehingga berpuluh-puluh Euro.

Selalunya harga pengembalian dikenakan mengikut saiz dan jenis. Kalau yang botol mineral biasa 1 L, harga nya ialah 15 sen. Tapi kalau setakat sebotol dua, kadang-kadang saya buang sahaja. =)

2 comments:

Nini Hartini said...

sebotol dua, kalau dikumpul2 kan jd banyak? hehe...

bestnya kalau kt malaysia pun buat mcm tu kan? dan lg best kalau ditukar ke bentuk 'duit'. hehehe

sue said...

hahah.. kalu g travel, x kuasa nak simpan.
kalau utk harian, memang simpan je. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails