Sunday, May 29, 2011

Hot Stuff

Mesti semua antara kita pernah dengar perkataan ni, yang membezakan hanyalah antara kisah atau tidak sahaja. Saya berkesempatan untuk berbual secara x sengaja tentang topik ini apabila dia seolah-olah cuba membangkitkan isu ini. Saya cuba untuk menyelongkar apa yang dimahukan jika menjadi Hot Stuff. Di mana letaknya keseronokan jika meraih gelaran itu?

Best sangat ke jadi Hot Stuff ni atau secara tepatnya menjadi wanita kegilaan ramai?

Adakah anda berasa bangga apabila nama anda sering meniti di bibir di kalangan lelaki dan sering menjadi tumpuan ke mana sahaja kaki anda melangkah? Tak pun rasa hebat apabila lelaki datang x putus-putus kepada anda untuk menjadikan anda teman istimewa mereka?

Saya agak terkejut sebenarnya setelah mendengar jawapan dari dia, seronok sebab dapat main-main. Samada anda mempermainkan atau anda yang dipermainkan, hanya itu pilihan yang akan diperoleh andai itu yang menjadi matlamatnya. What you give you get back. Tapi kenapa itu yang diinginkan. Kalau anda berada di tempat yang dipergunakan, saya pasti anda juga akan marah, geram dll. Tak pernah terfikirkan suatu saat nanti anda juga berkemungkinan akan mengalami nasib yang sama. What goes around comes around! 

Wahai gadis-gadis, kita kena ingat sekali kita mempergunakan kecantikan kita untuk menarik perhatian lelaki, dalam masa yang sama kita akan mendapat dosa. Kalau seratus orang yang tergila-gilakan anda, bayangkan juga anda telah mensia-siakan nasib mereka yang sepatutnya menjadi pemuda yang memperjuangkan agama. Ruginya. Yup, mungkin juga salah mereka kerana membiarkan diri mereka jadi seperti itu. Tapi hakikatnya anda juga merupakan salah satu punca penyebabnya.


5 comments:

Anonymous said...

beauty gets the attention.
personality gets the heart.

an ugly personality destroys a pretty face..

p/s: don't worry about the chatbox..i don't mind.. =)
love all your beautiful photos in previous post. =)

sue said...

Yup, u're right. But there're some who use their beauty to satisfy what they think is fun.

Thanks for that. Really appreciate it.

amir said...

saya rasa, setiap manusia ada persepsi tersendiri tentang maksud sebenar penampilan visual seseorang dan apa yang dilakukan dengan perkara tersebut. hahaha. saya juga telah merakamkan penulisan ini dalam bentuk audio. hahahaha.

http://dl.dropbox.com/u/17773713/hotstuff.mp3

sue said...

Sebenarnya post ini ditujukan kepada mereka yang tetingin nak jadi hot stuff utk tujuan tersebut.

Kalau dah muka lawa dan peribadi ok, memang x menjadi persoalannya di sini sebab bukan dia nak pun. Dah memang orang cair bila tengok dia padahal dia x buat apa2 pun.

amir said...

muka lawa? peribadi ok? orang cair bila tengok? huish, saya terasa. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails