Sunday, May 15, 2011

hmm.. Dalam Mihrab Cinta

Seperti yang dijanjikan, saya merasakan filem Dalam Mihrab Cinta mempunyai kekuatan tersendiri terutama dari sudut jalan penceritaannya. Jujurnya, saya terlebih dahulu mengenali novel ini berbanding novel Ayat-Ayat Cinta. Novel Ayat-ayat Cinta hanya diterjah setelah menonton filemnya berbeza dengan Dalam Mihrab Cinta. Novel itu saya baca beberapa tahun yang lalu, tidak dapat dipastikan ketepatannya kerana sudah agak lama.

Saya amat tertarik dengan sinopsis cerita yang dicetak di bahagian belakang buku lantas membuatkan saya tidak teragak-agak untuk terus membelinya dan menjadikan sebahagian dari koleksi novel yang ada. Oleh sebab itu, apabila mendapat khabar tentang pembikinan filem Dalam Mihrab Cinta, saya begitu teruja untuk melihatnya. Alhamdulillah saya berkesempatan menontonnya dan saya berpuas hati.

Dalam Mihrab Cinta memaparkan begitu banyak pengajaran yang kita boleh jadikan panduan dan peringatan dalam meneruskan kehidupan.

Pertamanya jangan terus menghukum sebelum siasatan atau kesahihan sesuatu perkara belum dikenal pasti. Bahkan Allah juga pernah berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 6,

"Wahai orang-orang yang beriman. Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu."

Keduanya, seseorang akan bertindak di luar kawalan apabila keadaan mendesak walaupun dia mengetahui perkara yang dilakukannya salah. Kita boleh lihat bagaimana Hadi bertindak sebagai pencopet apabila menyedari wangnya hampir habis.

Ketiga, hidayah itu milik Allah, bagaimana Allah mengaturkan hidup kita dari seburuk-buruknya hingga menjadi insan terpilih. Namun begitu dalam masa yang sama, kita tidak boleh hanya menunggu hidayah itu tapi terus berusaha ke arah mendapatkannya.

Saya tak nak ulas berkenaan jodoh disebabkan plot berkaitan jodoh di dalam cerita ini hampir sama dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih.

Kalau kalian ingin berkongsi pandangan, amat dialu-alukan.

Sekian, wassalam.

2 comments:

Nini Hartini said...

sue dah tgk filem dia ke? kalau novel ni pn akak suka. dan mmg tak dinafikan, kdg2 bila kita dituduh dan tidak dipercayai, kita terdorong membuat hal2 yg tdk sepatutnya kita buat atas alasan "kita buat baik, orang ttp rasa kita jahat". mcm tu juga yg dirasakan oleh Hadi.

tapi, sebenarnya tak kira apa alasannya, bukan itu sepatutnya yg dilakukan. kita melakukan kebaikan bukan mengharap pujian org.

akak mmg suka novel ni. tp akak harap filem dia tak mengecewakan mcm ayat2 cinta. novel best, tp filemnya mcm beza sgt penyampaiannya.

sue said...

dah. sue dah tengok. Ok la, x mengecewakan.

tu la kan, kadang2 bila orang tuduh apa yang kita x wat, rasa mcm nak wat je benda tu kan.. syaitan memang suka menghasut

setuju dgn akak, cepatlah tengok akak. nanti bleh akak bg komen plak. saya macam ingat2 lupa dah jalan cerita dalam buku sebab baca buku tu dah lama sgt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails