Dua bulan yang lepas, saya dikejutkan dengan kehadiran orang-orang yang berpangkat besar. Tengah-tengah khusyuk mengadap laptop, cuba untuk menyiapkan tugas yang ada, tiba-tiba saya terpandang ke luar cermin bilik.
" Eh, orang Malaysia." Orang di luar turut menunjukkan reaksi gembira seolah-olah turut sama terkejut.. Saya teragak-agak nak keluar dari bilik kerana saya melihat mereka, orang malaysia ni berada dalam kumpulan, ditemani beberapa orang pekerja tak pun penyambut tetamu syarikat High Tec ini. Beberapa minit kemudian,
saya dipelawa keluar oleh 'penyambut tetamu' yang berbangsa German untuk diperkenalkan kepada kumpulan orang Malaysia. Mereka memperkenalkan diri seorang demi seorang. Rupa-rupanya mereka ini dari MARA. Masing-masing berjawatan tinggi dalam bidang kuasa mereka. Seorang Pengarah GMI, dua orang dari MARA HQ dan seorang lagi pegawai MARA yang bekerja di Frankfurt. Selepas mereka memperkenalkan diri, semestinya saya diasak dengan pelbagai soalan. Dalam erti kata lain, saya x perlu memperkenalkan diri secara langsung, tapi ia dilakukan secara soal-jawab. Pada masa yang sama, kawan saya dari bahagian lain, yang juga pelajar Malaysia yang sedang melakukan praktikal di situ dibawa mendekati kumpulan orang Malaysia.
Bertubi-tubi soalan yang ditanya sampaikan saya x tahu nak jawab yang mana satu. Di akhir pertemuan kami, mereka menghulurkan kad-kad kepunyaan mereka. Dapat empat kad sekaligus. Bertambah jugak la koleksi kad dalam 'purse' saya yang memang dah tersedia banyak.
Dua minggu lepas, sedang asyik melayari internet di iPhone (waktu tunggu bas untuk balik merupakan waktu paling ideal untuk surf internet sebab laju sedikit berbanding di tempat lain) sambil menunggu kedatangan bas untuk pulang, telinga menangkap satu perkataan yang sungguh familiar iaitu orang Malaysia. Dan dan tu jugak muka dan fokus terus lari dari tujuan asal dan tercari-cari siapakah yang menyatakannya atau adakah saya tersilap dengar.
Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Dari jauh kelihatan ada dua orang lelaki tapi saya x dapat memastikan samada mereka orang Malaysia atau tidak sehinggalah salah seorang dari mereka menegur saya sayup-sayup kedengaran dari jauh,
"Orang Malaysia ke?" Saya mengangguk, mengiyakan pertanyaan yang dilemparkan dari jauh.
Dipanggil untuk pergi ke arah mereka, saya menurut. Takkan nak sombong kan, pergi sahaja. Bila bas sampai, saya cabut lari. Apa susah. Sekali lagi mereka yang memulakan sesi pengenalan diri. Bukannya formal pun macam yang dilakukan semasa temuduga atau pengenalan diri yang selalunya. Biasa-biasa sahaja, bukan perkenalkan nama pun. Yang saya tahu salah seorang dari mereka tu, bos syarikat Mühlbauer di Melaka dan seorang lagi orang bawahan. Sorang Melayu, sorang Cina. Macam biasa, soalan yang wajib ditanya,
"U buat apa kat sini?"
Dalam perbualan kami, sempat juga anak buah bos tu berseloroh, nanti bila balik Malaysia bolehlah kerja dengan Muehlbauer di Melaka. Hmm. Tengoklah kalau saya masih berminat untuk terjun dalam bidang Software. Dia memberitahunya kerana kelebihan berbahasa german, padahal x fasih pun.
Yang jumpa ni semuanya macam pangkat Datuk-Datuk kecuali anak buah bos yang cina tu. Orang Malaysia oh orang Malaysia.
No comments:
Post a Comment