Di Alexandria, saya telah pergi melawat beberapa tempat di samping tujuan asal ke sana untuk berjumpa dengan ex-roommates semasa di MRSM dahulu yang sekarang sedang menuntut jurusan perubatan di sana. Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Montazah, Catacomb, Qaitbay of Citadel, Maktabah dan sekitar tempat penggambaran KCB.
Montazah merupakan sebuah taman yang kaya dengan pemandangan yang menarik dan di dalamnya tersergam indah istana Raja Farouk, raja yang 'betul'. Diceritakan bahawa setiap perempuan yang ingin berkahwin haruslah terlebih dahulu diberikan kepada raja Farouk dan kemudiannya si raja ini akan menanam pokok ru di sekitar istananya. Bilangan pokok ru yang ada menunjukkan bilangan perempuan yang pernah ditidurinya.
| Istana Raja Farouk |
Catacomb
| di dalam Catatomb |
Sekitar pantai Alexandria
Tempat terakhir yang dilawati di Alexandria ialah Maktabah, perpustakaan terbesar di benua Afrika
p/s: mohon maaf atas entri yang sungguh lambat. x mampu untuk menulisnya di rumah. Sekarang insyaallah kembali aktif.
No comments:
Post a Comment