Wednesday, September 29, 2010

Fayoum

Alhamdulillah setelah lama tertunda, entri ini merupakan entri terakhir menceritakan pengalaman saya di Mesir.
Fayoum juga merupakan yang sungguh cantik dengan panoramanya. Di sini, saya pergi ke tempat yang terletak satu-satunya air terjun di tengah padang pasir. Sebelum sampai ke sana, saya terpukau melihat keindahan dan keluasan tasik Qarun. Nak tahu lebih lanjut kisahnya, klik sini. Diceritakan bahawa keluasan tasik itu merujuk kepada kekayaan yang ada pada Qarun.

Setibanya saya di sana, saya hanya mampu memandang sahaja tanpa menapakkan kaki ke dalam air terjun yang mengalir. Mungkin kerana terlalu ramai orang yang datang membasahkan tubuh menyebabkan airnya tidak begitu bersih dan banyak lumut.






Setelah beberapa orang ahli trip kami mandi-manda, kami dibawa pula menuju ke kincir air Nabi Yusuf as.






Rumusan dan konklusi yang dapat saya katakan sepanjang percutian saya ke Mesir ialah ia suatu pengalaman yang cukup berharga dan paling menarik pernah saya alami. Terutama ketika menumpang di rumah Akhowat di Kaherah. Ukhwah persaudaraan yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan saya cemburu. Yang paling manis ialah kedengaran laungan azan di sana- sini jika waktu solat sudah masuk yang menyebabkan saya mudah tersedar terutama jika waktu subuh. Mungkin juga kerana sudah lama tidak mendengar laungan itu sewaktu berada di German. Saya juga merasa kagum apabila diceritakan bahawa setiap penempatan baru yang ingin dibuat di Kaherah, bangunan pertama yang akan dibina ialah masjid. Jangan lupa untuk merasa jus-jus yang ada di sini kerana jus yang disediakan cukup sedap dan sangat segar. Saya paling menyukai jus mangga kerana isi-isi mangga dapat dirasa tatkala meminumnya tidak seperti jus di Malaysia.

Dalam keindahan tercalit sedikit kekesalan. Apa yang saya sesalkan di sini ialah tahap kebersihan mereka. Kekotoran ada di mana-mana, di jalan-jalan, sekitar masjid. Masyarakat Mesir juga gemar kencing merata terutama di dinding bangunan. Jadi berhati-hatilah semasa menyandar di dinding, paling baik jika kalian mengelak dari duduk berdekatan dengan dinding. Tandasnya pula saya rasa kalian pasti dapat mengagak keadaannya. Di Fayoum, saya terpaksa menahan diri untuk tidak membuang air kecil gara-gara melihat kekotoran yang teramat di dalam tandas.

Bukan itu sahaja, melihat kepada pemakaian muslimah di sini saya kecewa. Ia tidak seperti yang saya gambarkan. Pemakaian muslimahnya terutama generasi muda juga sama, persis pemakaian wanita di Malaysia. Tiada tolok bandingan. Barangkali inilah kesan globalisasi yang diuar-uarkan. Pemakaian inner yang dewasa ini kian mendapat sambutan di Malaysia juga akibat pengaruh dari Timur Tengah.

"Di saat masyarakat Barat mengamalkan Islam, umat Islam makin jauh meninggalkannya."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails