Saya pergi ke sana bersama beberapa orang ahli keluarga pemandu yang membawa kami. Saya amat teruja apabila mereka menyediakan bekalan perjalanan iaitu nasi, lauk berasaskan daging (x tahu nama masakan) yang sangat mengiurkan, sambal belacan yang mantap serta timun sebagai ulam. Ringkas tetapi cukup menyelerakan. Semasa berada di sini, saya telah mengambil pakej menyelam yang turut diselitkan sesi memancing yang lengkap dengan makan tengahari. Harga yang ditawarkan kepada kami juga amat berpatutan.
Saya x reti berenang, jadi saya x menyelam sepuasnya. Tambahan lagi, jaket keselamatan yang diberikan tidak memberi kepuasan kepada saya kerana jaket itu sangatlah tidak menjamin keselamatan saya. Langsung tidak membantu bagi mereka yang x dapat berenang. Tapi bagi yang bagus dalam berenang, anda memang akan berasa seronok.
Pakej yang kami ambil menyediakan tiga tempat menyelam yang berlainan atmosferanya, ada yang dalam dan ada yang boleh dikatakan cetek untuk membolehkan anda melihat keindahan batu karang. Selain itu, kami juga turut dibawa ke sebuah pulau di tengah-tengah laut untuk bermandi-manda. Pulau itu panas, memang terbakar semuanya. Pelancong asing usah dicakap, bertimbun dengan gaya dan pemakaiannya.
| sesi makan tengahari |
| sesi memancing |
Di sini lah saya sempat untuk menaiki motor beroda empat yang saya rasakan begitu mencabar. Mana taknya, untuk menggerakkan kenderaan tersebut saya perlu menekan suisnya menggunakan ibu jari kanan. Perjalanan ke destinasi yang ditetapkan oleh pembawa kami ialah sepanjang 27 km iaitu hampir sejam. Pada awalnya, saya mampu menguruskan kenderaan itu dengan baik dengan kelajuan yang cukup sempurna.
Namun semakin lama, ibu jari saya semakin lenguh dan mula menyakitkan hingga saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk membantu ibu jari kanan saya menekan suis itu kerana tidak lagi berdaya menekannya. Lantas menyebabkan kelajuan kenderaan saya semakin menurun. Mujur sahaja dia berhenti buat seketika, saya memberitahu abang saya mengenai hal itu dan dia menceritakan kepada ketua kami. Dia menyuruh saya menggerak-gerakkan tangan supaya hilang sakit dan lenguh yang ada. Disebabkan masih tidak mampu menghilangkan kesemua kesakitan yang ada, saya dan abang bertukar motor. Suis pada motor abang lebih senang untuk digerakkan berbanding kepunyaan saya yang agak ketat.
Setelah sampai ke tempat yang diinginkan, kami diberi air teh yang pahit, langsung tiada gula di dalamnya. Waktu itu saya sempat berfikir, alamatnya sembelit lagi la saya selepas ini. Air teh mereka bukannya seperti yang kita biasa minum. Kalau kalian merasakan air teh pekat yang dibuat oleh orang Malaysia itu sudah terlalu pekat, kepekatannya yang dibuat berkali ganda pekatnya. Kemudian, kami dibawa untuk menaiki unta. Ianya percuma. Apalagi saya pun mengambil kesempatan yang diberikan, menunggang unta. Bukan senang nak dapat sesuatu yang percuma di Mesir.
Semasa unta ingin berdiri atau duduk, saya dipesan abang supaya menggenggam erat kayu yang disediakan di atas bonggolnya, depan dan belakang bagi mengelakkan saya terjerumus ke bawah. Pertama kali menaiki unta sangat menyeronokkan. Kalian harus merasai sendiri pengalaman ini.
Saya harus akui pengalaman yang paling memuaskan hati saya ialah dugaan dan cabaran menunggang quad. Biarpun tangan sakit dan muka beserta pakaian diselaputi pasir halus, tapi perasaan tatkala mampu menghabiskan trip yang disediakan cukup bermakna.
No comments:
Post a Comment