Wednesday, August 25, 2010

Lanjutan


Sinai dan yang sewaktu dengannya:

Tempat pertama yang dijejaki ialah Uyun Nabi Musa as. Di sini sepatutnya terdapat 12 buah telaga merujuk kepada 12 suku kaum bani Israel namun yang kelihatan sekarang hanyalah dua. Kemudiannya, kami meneruskan misi kami ke Hammam Firaun atau tempat bersiram Firaun. Melangkah sahaja memasuki lubang yang dibuat khas untuk pengunjung, aura panas sudah mula dirasai. Semakin ke dalam, semakin panas. Bukan itu sahaja, tidak sampai 10 minit keberadaan saya di dalam gua, badan saya mulai berpeluh. Dikhabarkan bahawa udara panas yang keluar dari lubang tersebut digunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumatism. Wallahu'alam. Keluar dari Hammam Firaun, saya menerima tamparan angin yang cukup kuat, menempiaskan pasir-pasir halus yang ada di sekelilingnya ke setiap sesuatu yang menghalanginya. Rambut dan mata menjadi mangsa utama, mujur saya bertudung terlepas dari diselaputi pasir halus itu.

Di Uyun Musa
gerai berhampiran telaga


di depan Hammam Firaun
sekitar Hammam Firaun


Dalam perjalanan ke Jabal Musa, kami singgah sebentar di makam Nabi Salleh as dan kemudiannya terus ke destinasi utama. Oleh sebab masa pendakian ke Jabal Musa pada awal pagi, kami pergi melihat Lembu Samiri, patung buatan yang terdapat dalam kisah sirah Nabi Musa as. Benak saya ligat berfikir,cuba mengimbas kembali apa yang tersimpan di dalam memori, semasa pemandu kami, Ustaz Li begitu bersemangat menceritakan sejarah yang berhubungkait dengan tempat yang kami lawati. Hati saya bagai diasak bertubi-tubi untuk mengetahui lebih lanjut kisah Nabi Musa as dan berhasrat untuk membacanya kembali sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Berhampiran dengan kedudukan Lembu Samiri, saya dibawa melihat makam Nabi Harun as, abang kepada Nabi Musa as. Makam-makam yang ada bukanlah kubur sebenar mereka.



Lembu Samiri

menuju ke Makam Nabi Harun as
di depan makam


Seterusnya, kami ke Wadi Arba'in. Untuk sampai ke sana, bukannya dekat tetapi tidak sejauh perjalanan kami selepas itu. Hampir sahaja mencecah enam kilometer dari tempat kami bermula. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan batu di mana Nabi Musa as memukul batu tersebut bagi mendapatkan air. Terdapat 12 mata air kesemuanya, juga merujuk kepada 12 suku kaum Bani Israel. Setibanya kami di Wadi Arba'in, kami meninjau keadaan sekitar yang dipenuhi batu-batu bukit. Di situ terletaknya satu kawasan lapang yang agak luas yang dikelilingi dengan pagar, di dalamnya dipenuhi dengan pokok-pokok yang sudah bertahun lamanya. Rupanya seakan pokok bonsai. Cantik. Subhanallah!!

permulaan untuk ke Wadi Arba'in
12 mata air

Wadi Arba'in


pokok yang sudah bertahun-tahun
Arbok
Bergambar bersama anak-anak orang Badwi
perjalanan pulang dalam kegelapan


Tepat jam 12.30 malam, kami bersiap sedia untuk ke Jabal Musa. Dengan berbekalkan lampu suluh dan beberapa botol air (untuk diminum dan diambil wudhuk), kami memulakan sesi pendakian. Di awalnya, kami ditemani oleh 'tour guide' yang disediakan bagi setiap kumpulan yang ingin ke sana sehinggalah sampai ke tempat yang bertangga. 'Tour guide' yang disediakan memang hebat, boleh berjalan dalam gelap. Alah bisa tegal biasa. Baru mendaki x sampai setengah jam, saya dah kepenatan. Ni lah akibatnya x melakukan streching terlebih dahulu sebelum bermula. Tercungap-cungap juga saya dibuatnya hingga terfikir untuk menunggang unta yang ada. Tapi perjalanan perlu diteruskan dengan berjalan sekiranya ingin merasai sendiri. Jangan mudah percaya dengan ungkapan,  " dah nak sampai dah" kerana anda memang akan merasa ditipu.

masa rehat sebelum meneruskan pendakian ke Jabal Musa


Udara sejuk mulai menyelinap ke seluruh tubuh apabila kami tiba di puncak. Saya cuba untuk bertahan, menunggu azan Subuh kerana hanya memakai selapis baju sahaja. Kami mengambil gambar di tempat nabi Musa bermunajat, di tempat itu terasa kurang sejuk. Selepas sahaja kami menunaikan solat subuh, orang mulai datang berpusu-pusu sehingga ruang yang sebelum ini kosong, penuh dengan kelompok manusia yang ingin melihat pemandangan matahari terbit. Pelbagai ragam dapat ditonton, ada yang menyanyi, ada yang membaca sesuatu ala-ala mantera dan tidak kurang juga yang mengambil gambar. Lupa untuk diberitahu, kalau kalian terasa nak melepaskan hajat samada besar atau kecil, eloklah kalian simpan la hajat itu kerana tandas yang ada sangat kotor, lebih kotor berbanding tandas kotor di malaysia. Bersabar sahaja.

tempat nabi Musa bermunajat
sunrise


Bahagian yang saya rasakan paling mencabar ialah bab turun bukit. Kami menggunakan jalan yang lain, jalan yang penuh dengan batu yang disusun menyamai tangga. Mungkin kalian merasa pelik sebab patutnya ia menjadi lebih senang sebab bertangga. Tapi bagi saya tidak kerana saya terpaksa menggunakan kekuatan lutut untuk 'break'  dan berjaga-jaga kerana di kiri kanan tangga merupakan cerun-cerun yang curam. Kaki saya umpama diserang penyakit Parkinson. Andai tidak berhati-hati, kalian mungkin sahaja akan tergelincir, meluncur terus hingga ke bawah.

bukit yang hancur
penurunan dari jabal Musa
perkampungan Nabi Ilyas


Persinggahan seterusnya selepas Jabal Musa ialah Dahab dan Samakh El-Sheikh. Kedua tempat ini merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk mereka yang ingin ke pantai. Seterusnya kami pergi ke Hammam Musa dan juga kubu tinggalan Israel sewaktu Perang Teluk 1973.

di Hammam Musa
Kubu Israel

1 comment:

Faizal said...

salam cik sue..
bestnya dapat melawat tempat2 yg bersejarah macam tu eh..peluang yg x semua orang akan dapat...

eid mubarak ye..moga2 terus bahagia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails