Saturday, August 21, 2010

Keterlambatan yang disengajakan

Dua minggu sudah berlalu sejak kepulangan ke Malaysia, baru sekarang terasa nak berkongsi tentang percutian atau lawatan saya ke Mesir. Nak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana kerana jika difikirkan masih ada masa yang terluang di sana-sini yang boleh diluangkan. Hakikatnya, dek kerana mood untuk menulis mengenainya tidak muncul menghalang saya melakukan perkongsian ini. Alhamdulillah, sekaranglah masanya.

Keputusan yang dibuat untuk ke Mesir untuk berjumpa dengan abang yang tercinta dirasakan amat berbaloi biarpun terpaksa mengembara seorang diri dari German ke Mesir, mengheret bersama beg kargo, beg laptop dan juga beg galas. Setiba di lapangan terbang Cairo, saya disambut oleh abang, hilang semua lenguh-lenguh yang ada akibat mengangkat beg berat. Untuk penginapan, saya dihantar ke rumah akhowat yang semuanya berasal dari Kelantan. Rumah yang diberi nama Bait Hadiqoh mempunyai enam orang penginap kesemuanya, terdiri daripada peringkat umur yang berbeza.

Saya amat bertuah lantaran ketika itu berlangsungnya Bazaria di Rumah Kelantan, membolehkan saya meninjau suasana juga keakraban komuniti pelajar Malaysia khususnya pelajar Kelantan. Seperti yang diketahui ramai, Mesir sememangnya antara negara yang mempunyai ramai pelajar Malaysia. Ada yang belajar dalam bidang agama seperti usuluddin, syariah dan lughah dan ada juga yang belajar dalam bidang profesional seperti perubatan. Ada yang ditaja dan ada juga segelintir yang belajar di bawah tanggungan sendiri. Berada di negara yang mempunyai ramai pelajar Malaysia membuatkan saya rasa begitu tertarik lebih-lebih lagi pada kepadatan program-program yang dianjurkan. Di bazaria, saya berkenalan dengan beberapa orang kawan baru baik yang muda mahupun yang lebih tua dari saya.

Sepanjang di Mesir, antara tempat-tempat yang sempat dilawati:
1) Sekitar Kaherah : Piramid, sphinx, masjid Amru al-'As, kubu Salehuddin Al-Ayubbi, masjid empat mazhab, masjid imam Shafie dan Pharaoh Village.
2) Sinai : Jabal Musa, Wadi Arba'in, makam Nabi Salleh as dan Nabi Harun as, Hammam Firaun, Hammam Musa serta telaga Nabi Musa as dan kubu pertahanan Israel.
3) Dahab, Samakh El-Sheikh dan Hurghada.
4) Alexandria / Iskandariyah : Qaitbay of Citadel, Catathomb, Maktabah dan Montazah.
5) Fayoum : Air terjun di Mesir, Tasik Qarun dan kincir air Nabi Yusuf as.

Sekitar Kaherah:

Kalau sebelum ini saya banyak melancong ke negara barat yang terdapat banyak gereja, berbeza pula dengan bumi Mesir, saya melawat banyak masjid. Tambahan lagi, saya mampu melihat sendiri masjid-masjid yang dahulunya hanya dibaca atau digambarkan sahaja. Berjalan di bawah sinaran matahari yang memancar dengan teriknya tidak sedikit pun menggugat semangat saya, cuma sebotol air mineral harus sentiasa di sisi, menemani saya menghilangkan kehausan yang acapkali dirasa.

Piramid
Pintu masuk menuju ke mumia Firaun

Panorama

Sphinx



Di depan masjid Amru Al-As, masjid terawal di benua Afrika
Telaga yang digunakan untuk mengambil air suatu ketika dahulu
Tempat wudhuk
Pemandangan di dalam masjid
Masjid yang menyerupai masjid biru, terletak di dalam kubu Salahuddin
Pemandangan di dalam kubu
pemandangan di dalam kubu
replika salahuddin
pemandangan lagi
di sekitar National Military Museum
Di depan Masjid Sultan Ali
Bergambar di sekitar masjid empat mazhab
pintu masuk ke masjid
ruangan di dalam masjid
tempat wudhuk
tempat belajar mazhab
raha besar
pemandangan dari luar
masjid imam Shafie
kesan tapak kaki Nabi Muhammad saw
 




p/s: nantikan gambar yang lain... tengah berusaha untuk menyiapkannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails