Friday, August 13, 2010

Gangguan Tidur

Setelah beberapa ketika berbaring di katil, barulah dapat melenakan diri dengan baik. Tanpa disedari, terdengar dari jauh deringan nada bunyi. Ianya daripada telefon bimbit saya. Saya membiarkan sahaja telefon itu berdering kerana melihat jam di skrin telefon menunjukkan pukul 12 lebih tengah malam. Sekali lagi telefon itu berdering, saya yang masih dalam keadaan separa sedar menerima panggilan tersebut. Suara dari telefon itu mencari seseorang yang saya tak kenali. Suara itu suara lelaki. Saya terus mengatakan padanya dia tersalah nombor dan memberitahunya ini nombor saya. Dia bertanyakan saya siapa saya. Saya menjawab soalan itu dengan memberitahu nama adik saya, lantas terus menekan butang, mematikan perbualan kami.

Kemudiannya dia menghantar satu pesanan ringkas menanyakan siapa saya dan memberitahu yang ini nombor sepupunya. Sekali lagi dia membuat panggilan. Geram dengan panggilan tersebut, saya terus pergi mendapat adik lelaki saya yang pertama yang sedang tidur, menyuruhnya menjawab panggilan tersebut dan menyatakan nombor ini milik adik saya. Alhamdulillah selepas itu tiada lagi gangguan panggilan dan saya dapat tidur kembali.

Mungkin kalian pernah merasai situasi yang sama seperti saya terutamanya bagi kaum perempuan. Memikirkan perkara itu saya sedih. Bukan tidak mahu bersangka baik, tapi walau sudah menjelaskan pada orang itu dia tersalah nombor dan di sini tiada orang yang dimaksudkannya, orang itu terus mengganggu. Pelik bukan? Saya sedih kerana di bulan puasa pun masih ada yang teringin melakukan sesuatu yang x patut dilakukannya. Beratnya masalah sosial yang melanda masyarakat kita.


p/s: Selamat berpuasa kepada kaum muslimin dan muslimat. Janganlah menjadikan bulan ini sama seperti bulan yang lain.

1 comment:

Shafawati Ghazali said...

ramai betul peminat ciksue ni. hehe
jangan layan je orang macam tu. suka kati je nak ganggu orang tidur. hehe

btw, selamat berpuasa! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails