Wednesday, July 14, 2010

Sang Murabbi

Alhamdulillah akhirnya selesai juga menonton cerita Sang Murabbi, salah sebuah karya dari negara jiran kita, Indonesia. Mungkin agak terlambat, tapi belum cukup terlewat selagi masih hidup. Kalau yang masih belum menontonnya, saya sangat mengesyorkan kalian menontonnya. Sang Murabbi sebuah kisah yang penuh dengan pengisian dan ibrah yang tersurat mahupun tersirat.



Antara pengajaran yang sempat saya cekup dan melekat di minda ialah:

i. Dua perkara yang harus kita ingat sepanjang kita hidup di dunia, iaitu
     1) Kebaikan orang lain kepada kita. 
     2) Keburukan kita kepada orang lain.
ii. Dua perkara yang harus kita lupa sepanjang kita hidup pula ialah
     1) Kebaikan kita kepada orang lain dan
     2) Keburukan orang lain kepada kita.
iii. Apa ertinya usia panjang tanpa isi?
iv. Dakwah memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan.
v.  Kematian hati. Banyak orang tertawa sedangkan maut mengintainya.
vi. Rendahkanlah dirimu. Sungguh ramai orang yang sedikit amalnya tapi disebut-sebutnya dengan begitu banyak.



Wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails