Usai menonton filem Sang Murabbi, saya kemudiannya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghabiskan sesi filem berikutnya iaitu, Laskar Pelangi. Cerita ini saya hanya sempat menontonnya sampai separuh jalan sahaja dek kerana ada masalah tertentu yang menghalangi. Apa pun, alhamdulillah wa syukralillah kerana berjaya juga menonton cerita ini dari awal sampai akhir.
Cerita ini cukup menarik khususnya untuk tatapan para guru dan warga pendidik. Ia mengisahkan perjalanan kehidupan sebuah sekolah, kesusahan dan kegembiraan yang diselitkan cukup mendalam. Nak tahu lebih lanjut, silalah saksikan trailer filem ini.
Wassalam.
p/s: semoga cerita ini dapat memberikan semangat kepada para guru mahupun kita semua dalam mencari ilmu.
3 comments:
sha tengok doh. best kan citer laskar pelangi. sgat meaningful. :)
from : Cikgu Nurul. hehe
tu la.. mgkin cg nurul boleh bg murid2 tgk, biar mereka tahu kesusahan. hehehe:)
cerita ini memang sangat menarik, walaupun simple tetapi mesejnya amatlah berguna sebagai pedoman buat kita.
Post a Comment