Sunday, July 18, 2010

Holiday again






Hanya berbaki sehari sahaja lagi sebelum saya melangkah keluar dari bumi Nazi menuju ke destinasi percutian saya yang seterusnya. Ke mana? Cuti musim panas 2010 ini, saya akan pergi menziarahi abang saya, Wan Mohd Al-Hafiz yang belajar di bumi Anbiya', iaitu Mesir. InsyaAllah saya akan ditemani oleh abang untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana di samping pergi menemui beberapa orang sahabat saya yang menuntut kursus perubatan di sana. Kemudiannya akan terus pulang ke Malaysia dari sana.

Esok nak pergi, hari ini baru nak bersiap-siap mengemas beg dan barang-barang keperluan. Pemalas sungguh. :) X sabar rasanya nak mengembara bersama abang tersayang, satu-satunya abang yang saya ada. Nasib baik abang sudah menguruskan semuanya termasuk tempat penginapan dan juga perjalanan percutian. Jadi, saya x perlu memeningkan kepala memikirkan semua itu. Jazakallahu khairan khatira Long!!!

Sekian, wassalam.

2 comments:

Shafawati Ghazali said...

besttt nyee sue. nanti buleh g visit ira n ilah. jelus! :p jgn lupo bwak balik buah tgn. :D

sue said...

insyaAllah nanti sue wak balik buah tangan.. tapi kak ya nge ilah bukan ke balik jgk.. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails