Terima kasih Ayah kerana telah memberikan segala kasih sayang dan pengorbanan yang x terhingga walaupun diri ini kadangkala seperti terlupa semua itu. Maafkan saya, Ayah..
Teringat kenangan bersama ayah suatu ketika dulu, pahit mahupun manis. Bila dikenang-kenang banyak juga memori yang tercipta. Yang paling saya ingat tentang kata-kata ayah ialah;" Jangan takut, jadilah berani kerana ketakutan itu hanya pada Yang Esa.." Semenjak itu, saya mula menanam sifat berani dalam diri dan selalu teringatkan kata-kata ayah setiap kali hati kecil ini merasa takut.
Biarlah saya menceritakan kenangan pahit dulu sebelum kenangan manis. Ada sebabnya saya berbuat sebegini.. Nak tau tak? Setiap kali keputusan peperiksaan diterima, saya selalu memberitahu yang keputusan terburuk dahulu sebelum keputusan yang cemerlang. Saya pun x tau apa motifnya saya berbuat sedemikian padahal sepatutnya berlaku yang sebaliknya.. Hahaha.. Ok, waktu tu saya masih di sekolah rendah, seingat saya waktu tu saya darjah tiga. Pelajar-pelajar darjah dua dan tiga pada masa itu bersekolah pada waktu petang. Nak dijadikan cerita, ayah saya boleh terlupa mengambil saya dari sekolah. Jam menunjukkan hampir ke pukul 7 malam namun tiada tanda-tanda ayah akan datang. Lepas seorang, seorang lagi pelajar meninggalkan saya, membiarkan saya, hanya ditemani pengawal sekolah. Hati sudah merasa hiba tatkala melihat keadaan sekeliling yang semakin gelap namun ayah masih belum datang. Hinggalah pada satu ketika, datang seorang pakcik bersama keluarganya menanyakan tempat tinggal saya dan menawarkan diri untuk menghantar saya pulang. Mujurlah ketika itu, saya mengenali anaknya, jadi tidak timbullah prasangka buruk terhadapnya. Alhamdulillah saya dihantar pulang dengan selamat. Saat itu juga saya mengetahui ayah sibuk, tipulah kalau saya cakap saya x marah pada ayah. tapi marah itu hanya seketika..
Dah cukup dengan kenangan pahit, sekarang kenangan manis pula. Berada di permulaan awal remaja amat mencabar terutama apabila pelajaran yang terpaksa dipelajari semakin bertambah. Dari Tingkatan Satu hinggalah ke Tingkatan Tiga, ayah selalu menolong saya dalam menyiapkan tugasan Pendidikan Seni. Diajarnya satu persatu tentang seni lukisan itu dengan penuh kesabaran. Bahkan ayah sanggup untuk menemani saya berjaga di tengah malam gara-gara perlu menyiapkan lukisan untuk dihantar keesokan harinya. Bukan sekali dua tapi beberapa kali. Ayah bukannya x bekerja esok harinya namun ditemaninya jua tanpa sedikit pun mempamerkan keletihan. Sebak hati ini bila memikirkan pengorbanan ayah yang x terbalas dengan nyawa sekalipun. Dan saya masih ingat ketika saya berada di Tingkatan Satu di mana saya mendapat markah B dalam Pendidikan Islam. Ayah berkata kepada saya," Kita ni orang islam kenalah dapat tinggi dalam subjek tu, lagipun islam itu kan cara hidup, sepatutnya tidak menjadi masalah bagi kita untuk 'score' tinggi." Disebabkan kata-kata itu juga, saya berusaha setiap kali peperiksaan untuk mendapat markah yang tinggi dalam subjek tersebut. Alhamdulillah sewaktu graduasi Tingkatan Lima di MRSM Kuala Krai saya mendapat pengiktirafan kerana mendapat keputusan yang tertinggi dalam Pendidikan Islam.
Biarpun ayah saya tidak pandai dalam meluahkan perasaan dan tidak pandai berkata-kata, namun saya tahu dia berusaha untuk melakukan yang terbaik. Terima kasih ayah!!!
Sayangilah orang tuamu selagi mana mereka masih ada di depan matamu, jangan pula menyesal di kemudian hari tatkala kain putih sudah menyelaputi jasad mereka.
Tak dapat bercerita dengan lebih lanjut kerana perlu belajar.. hehehe
P/s: SELAMAT HARI LAHIR JUGA BUAT KAWAN SAYA, AQILAH AMIRA, SHAFAWATI DAN JUGA MY BEST BEST FRIEND SITI NABILAH..Semoga ukhwah yang terbina terus berpanjangan sehingga akhir hayat..
1 comment:
berbanggalah anda kerana mmpunyai ayah yg baik
xsemua orng spt itu..
sesetengah orng tertanya, bagaimana rasanya mmpunyai seorng ayah yg baik..
dan orng itu termasuklah sya
Post a Comment