Hari Jumaat yang lepas merupakan 'due date' untuk menghantar Aufgaben Informatik. Malam sebelumnya saya cuba membuat setakat yang saya mampu. Aufgabe tersebut mempunyai empat soalan dan saya sudah dapat meyiapkan dua soalan terawal. Setelah mencuba beberapa kali dapat juga saya menyiapkan satu lagi soalan yang jawapannya agak panjang. (Sememangnya dari dulu sampai sekarang x pernah menyukai subjek Programming.. coz i'm a slow learner). Semasa proses 'submit' aufgabe tu, kami terpaksa menerangkan serba sedikit tentang programm yang kami buat. How's it functioning?.. Disebabkan itu, masa untuk pemeriksa meneliti setiap dari kami agak lama dan disebabkan itu juga saya terpaksa menunggu untuk diperiksa buat kali kedua. Kali pertama dia hanya memeriksa dua soalan yang dapat kami jawab. Semasa dia sampai ke tempat saya, programm tersebut stuck dan bila dibuka semula, data dalam file yang saya ingin tunjukkan pun hilang. Sebelum ni saya dah 'save' kan. Tapi entah la. Tiada kata mampu diucapkan.Arghh.. Geramnya rasa hati bila terpaksa menunggu lama dan apabila saat yang ditunggu muncul, benda itu hilang. Dah la terlupa nak 'save' kan dalam pendrive. Nampaknya sia-sia sajalah apa yang saya buat... Astagfirullah.. sabar2.. Nasib baik markah minimum untuk setiap Aufgabe ialah dua. Jadi saya telah melepasi markah minimum itu. Cuma tidak dapat menambah markah lagi. Sedihnya.. Tapi sekarang dah x sedih lagi. Sedih untuk sementara waktu saja.
Exam dah makin dekat namun persediaan untuk menghadapinya baru 20%. Masih banyak lagi yang perlu 'studi'. Hati terasa takut biarpun minda masih lagi buat endah x endah. hahaha.. Pagi tadi pun sempat lagi menonton cerita 'Jangan Tegur'. Cerita Melayu seram. hmm.. Komen? Not bad.. Jalan ceritanya tidaklah sehebat yang saya harapkan. Sekadar cerita biasa mengenai hantu or more precise is about jin. Sound effectnya sangat bagus, berjaya menakutkan setiap yang menonton (i guess so..) namun perasaan itu hanya seketika. Dan yang paling x best ialah kebanyakan pelakonnya tidak mempamerkan gaya lakonan yang mengujakan, hanya lakonan mendatar.
3 comments:
saya baru je tonton evolusi KL drift... macam sampah..
n kenapa x bagi tau pasal blog sue
nie sape?
sebenarnya x nak ramai org tau pun.. kalu rmai2 tau, x selesa la plak..
sue.. cri mtrik smpai skrng, sya mmg xsuka prgramming sbb ada ja yg xkena bila dah compile suma. hehe.. sgt lembap memahami coding ni. dulu buat prgrming smpai nangis2. bnyk sabar.. seb bek sumanya brjln ngn baik..
Post a Comment