Thursday, June 4, 2009

Rentap

Tatkala cuti pfingsten baru bermula, saya terus menghilangkan diri dari Reutlingen dan pergi ke suatu tempat yang belum pernah dilawati, iaitu Heilbronn. Kenapa Heilbronn? Di sana berlangsungnya Rentap, satu acara sukan yang mengumpulkan semua pelajar Malaysia di German. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Pelajar Malaysia di German atau lebih dikenali MGSS. Saya pergi ke sana keseorangan dan alangkah gembiranya hati ini bila Saw Min Hsian datang menjemput saya di Hauptbahnhof(Stesen Keretapi).
"Ya Allah, Engkau masih memberikan hambamu ini kebahagiaan dan kegembiraan di saat hambamu merasa terluka dan sedih. Syukran!!"

Saya bermalam di rumah Saw. Kesian Saw terpaksa tidur kat bawah gara-gara ingin memberikan keselesaan kepada saya. Keesokannya kami berdua pergi ke tempat perlawanan bola sepak. Di sana kami bertemu dengan ramai orang samada yang dikenali atau tidak. Sempat juga saya berkenalan dengan beberapa orang seperti Hawa, Dayang dan Kak Aqilah.
"Ramai juga budak Malaysia di German rupanya",bisik hati.

Saw begitu sibuk menjalankan tugas kerana pelajar Heilbronn merupakan AJK yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Dingin sungguh pagi itu walaupun silauan matahari memancar. Pada petangnya pula, saya pergi ke court 'volleyball' untuk menyokong pasukan Weingarten, pasukan kawan saya Aizuddin dan Yusri. Merekalah antara kawan saya yang terbaik. Waahh!!! Sejuknya. Saya merasa teramat sejuk sehinggakan menggigil seluruh tubuh biarpun tubuh telah dibalut dengan jaket putih kesayangan. Tidak saya sangka anginnya sesejuk ini. Kalaulah saya tahu dari awal, pasti saya akan membawa sweater.

Pada hari Ahad pula Liyana dan saya pergi ke tempat Saw berjaga untuk Explore race. Kami turut membantu peserta-peserta yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan Puzzle yang diberikan. Bunyinya macam hebat kan? sebenarnya x lah hebat mana pun.. Sekadar yang boleh. Oohh ye, sebelum saya terlupa Saw membelanja kami makan aiskrim. Alhamdulillah, sedap sangat!!

Malam Rentap/ Rentap Abend merupakan kemuncak segala-galanya. Kami dikehendaki membayar 3 euro untuk pendaftaran dan diberi nombor cabutan bertuah. Kami mencari tempat makan sebelum mengambil makanan yang disediakan. Ketika upacara Lucky Draw berlangsung, saya sempat berkata kepada kawan saya: "Sue x penah bertuah, mesti xkan dapatnya." Masyaallah, nombor saya disebut sebaik sahaja saya selesai melafazkan kata-kata itu. Terkejut bukan kepalang. Mana tidaknya, sebelum ini sememangnya saya tidak pernah 'lucky' pun. Hahaha.. Nak tahu apa hadiah Lucky Draw tu?
Sungguh x disangka kerana saya memperolehi 'pendrive' berwarna pink. Semacam satu kebetulan pula kerana saya mempunyai banyak koleksi berwarna pink. Ini bermakna koleksi pink bertambah lagi. Saya tersenyum sendirian.

Benarlah kata orang: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.


bergambar selepas match football


Sofia, Liyana dan saya..


bergambar semasa match volleyball

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails