Wednesday, June 17, 2009

Physik bersama Dr Dostmann

Physic, bagi kebanyakan orang merupakan antara subjek yang tersusah dan 'complicated'. Saya juga mempunyai tanggapan yang sama, namun kita pasti dapat mengatasinya andai kata kita rajin berusaha dan kena pada caranya.

Semenjak melangkah kaki ke Fachhochschule Reutlingen, saya diwajibkan mengambil kelas Physik yang diajar oleh Dr. Dostmann, 'lecturer' yang paling terkemuka di kalangan pelajar di FH ini kerana setiap pelajar, tidak mengira kursus, yang mengambil Physik pasti akan berguru dengannya. Banyak sekali yang saya dengar dari senior-senior mengenai lecturer yang sorang ni. Mereka kata, Dr.Dostmann ni suka membuatkan orang berfikir tentang sesuatu dan cuba menerangkan sesuatu secara lebih mendalam. Malah mereka mengatakan Physik adalah subjek 'killer' di FH Reutlingen. Ini kerana setiap kali peperiksaan, papan kenyataan pasti dipenuhi dengan senarai nama pelajar-pelajar yang terpaksa 'wiederholung'(repeat). Peratusan pelajar yang lulus teramatlah rendah. Ini bererti bukan sahaja kami, sebagai pelajar Malaysia yang mengalami masalah dalam memahami konsep dan teori-teori Physik bahkan pelajar-pelajar German sendiri.

Pada permulaan semester boleh dikatakan hampir semua pelajar jurusan Mechatronik Semester 1 menghadiri kelas Physik Dr. Dostmann ini namun semakin hari kelas semakin sepi disebabkan kekurangan pelajar yang semakin 'parah'. Hari ini kelasnya pada waktu tengahari iaitu, pada pukul 1. Ketika jarum jam hampir mendekati nombor satu, saya memandang ke sekeliling. "Ke mana perginya semua orang?", terdetik pertanyaan yang sememangnya sudah ada jawapan di hati ini tatkala pada saat dan ketika itu hanya saya seorang yang berada di dalam dewan kuliah yang serba sederhana itu. Biarpun sederhana, tidak besar dan tidak terlalu kecik, namun peralatannya cukup lengkap. Itu pendapat saya secara jujurnya.

Belum pernah saya menghadiri kelas Physik yang mempunyai banyak peralatan yang berkaitan dengan setiap topik. Kelas Dr.Dostmann sebenarnya sangat menarik kerana beliau cuba memberikan gambaran yang jelas kepada setiap pelajarnya tentang sesuatu perkara, tapi malangnya kadang-kadang minda para pelajarnya belum mencapai tahap yang diharapkannya. Dan disebabkan itu jugalah ramai pelajar yang sudah tidak menghadiri kelasnya.

Sambung cerita tadi... Bila jam menunjukkan pukul 1, nasib baik lah datang dua orang pelajar lagi menemani saya mendengar celoteh Dr.Dostmann. Sedih saya melihat riak mukanya apabila dia bertanyakan adakah hanya tiga orang yang mahu belajar dengannya. Dia menambah lagi, nampaknya semakin hari semakin sedikit. Ada unsur-unsur sedih di balik kata-kata yang dikeluarkannya itu.

Alhamdulillah selepas itu, datang lagi beberapa orang pelajar sekaligus dapat memeriahkan suasana dewan kuliah yang kesunyian walaupun bilangannya sekadar menggenapkan 10 orang.

Dr.Dostmann, saya akan cuba belajar dan berusaha untuk lulus dalam peperiksaan Physik pada semester ini. Biar dapat membuktikan bahawa menghadirkan diri ke kelas sekalipun tidak begitu memahami apa yang diajar lebih baik daripada terus menghilangkan diri. Insyaallah..

3 comments:

aqilahamira said...

clap3 sue..blaja rajin2 ek sue=)

aqilahamira said...

clap3 sue..blaja rajin2 ek sue=)

Anonymous said...

yeah..physic make me crazy
hehe..namun dunia medic x lari gak dr physic..
physic in physiology
gambate sue!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails