Setelah lebih tiga tahun berada di German, saya dapat juga melawati ibu negara German iaitu, Berlin pada bulan Februari yang lalu. Sebelum ini, ramai yang menganggap saya sudah pernah ke Berlin walhal ia tidak berlaku. Berlin, dari tempat saya agak jauh. Saya tinggal di bahagian selatan manakala Berlin pula di utara.
Percutian yang dirancang pada minit-minit terakhir tidak menghampakan. Kami merancang perjalanan dan menempah hotel hanya dua hari sebelum kepergian ke sana. Disebabkan harga tiket flight yang mahal apabila dibeli di saat akhir, kami pergi ke Berlin menaiki train Intercity Express atau lebih dikenali ICE yang mengambil masa hampir 7 jam. Itu kalau naik ICE yang paling laju, jadi kalau naik train biasa, boleh mencecah lebih dari 12 jam.
Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar yang diambil sepanjang berada di sana.
| Berada di Brandenburger Tor, salah satu mercu tanda Berlin |
| Parlimen German atau Deutsche Reichstag |
Jika berminat untuk masuk dan meninjau di dalam Parlimen, kalian boleh menempah terlebih dahulu tiket di website atau perlu beratur dalam barisan yang panjang.
| Holocaust Memorial of the Murdered Jews |
Gambar di bawah diambil semasa berada di Charlie's Checkpoint, tempat persempadan antara German Timur dan Barat.
Kalau diikutkan memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya Fernsehturm (Television Tower), Siegesäule dan Zoo. Semuanya boleh dikunjungi dengan menaiki S-Bahn dengan harga tiket yang berpatutan.
Tak sah rasanya kalau ke Berlin kalau tidak melihat Tembok Berlin yang masih lagi bersisa.
Di Berlin, kami berpeluang merasai masakan Indonesia di sebuah restoran kepunyaan warga Indonesia dengan harga yang berpatutan. Nama restoran tersebut Restoran Nusantara. Kami juga berkesempatan menikmati fast food halal milik warga Arab. Ayam yang diperap dan dibakarnya sungguh sedap dan murah, ditambah lagi dengan limpahan fries yang banyak.
Kalian tidak perlu bimbang kerana makanan Halal sangat mudah untuk didapati di Berlin memandangkan Berlin merupakan antara bandar yang mempunyai penduduk Muslim yang ramai. =)
2 comments:
bestnya! bila la dpt dtg sni..:)
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, konfem dapat sampai ke sini..=)
Post a Comment