Thursday, June 28, 2012

Dari Berlin ke Hamburg

Sambungan kepada percutian sebelum ini...

Usai melewati bandar Berlin, saya dan Bib meneruskan percutian kami ke bandar Hamburg. Hamburg juga  terletak di Utara German. Sekali lagi kami menaiki train ICE dan kali ni hanya dua jam yang diperlukan. Di sepanjang perjalanan, tidak ada yang menarik yang dapat dilihat, hanya padang rumput yang terbentang luas. Sesekali train itu membelah hutan belantara.


Sampai di Hamburg, hujan renyai-renyai seakan menyambut kedatangan kami yang bertandang ke sana hanya untuk dua hari dan satu malam. Tak banyak pun tempat yang menarik kat sana berbanding Berlin. Kalau sebut Hamburg, mesti orang akan terbayang-bayangkan Miniatur Wunderland. Hah? Di sini kalian dapat melihat model-making yang sungguh osem, bagaimana manusia mampu membuat model-model kecil yang saiznya lebih kecil dari ibu jari kalian dan mengawal sistem model tersebut. Berada di sini membuatkan saya berasa sangat kagum dengan kebesaran Allah. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah. Perasaan yang cukup membuatkan saya x putus-putus memuji Allah. 

Firman Allah dalam surah al-Jatsiyah ayat 3 dan 4 yang bermaksud " Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran di bumi, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini."

Di sini, saya melihat bagaimana manusia mampu mencipta benda-benda yang boleh dikatakan sangat kecik dan ada antaranya disiapkan dengan bantuan kanta. Lebih menarik apabila manusia cuba membuatkan keadaan bilik bertukar dari siang ke malam dengan menggunakan teknik pencahayaan dan kawalan yang baik. Apabila malam bertukar, keadaan menjadi gelap dan dalam masa yang sama, lampu-lampu automatik menyala di dalam binaan-binaan mini seperti rumah atau bangunan yang dibuat. Keretapi mini yang ada sentiasa bergerak di dalam landasan yang telah disediakan tanpa henti.

Selain dari itu, ada beberapa tempat yang disediakan butang untuk para pelawat menekannya bagi menggerakkan sebahagian miniatur yang ada. X mudah untuk mengawal semua itu. Sehebat-hebat manusia, hebat lagi Allah yang menciptakan manusia. Kenapa? Sebabnya kadang-kadang ada je miniatur tu yang x berfungsi sebab kehabisan bateri, terkeluar dari landasan dan banyak lagi. Setelah diberitahu akan kerosakannya, barulah datang orang-orang yang bertindak memantau dan membaikpulih. Lagipun, apa yang dibuat dan dikawal hanyalah sedikit dari apa yang dikawal Allah. Bukankah Allah mampu mendengar setiap rintihan hambanya biarpun manusia itu tersangatlah ramai.

Miniatur Wunderland ni sentiasa akan ada pembaharuan jadi kalau pernah pergi sekali, x rugi untuk pergi kali kedua. Reason: Mereka akan sentiasa cuba buat model-model mini yang baru bertemakan negara-negara yang ada di dunia. Setakat ini, kalau x salah saya dalam 8 kawasan berbeza. 









Suasana waktu malam. Pengunjung teruja dengan model yang bertemakan lapangan terbang.


Kapal terbang nak berlepas.











3 comments:

fardhila fawwazy blogspot said...

mcm seronoknye naik train tu..teruja nk g..huhu

faizal said...

wow..cantiknya & kreatif model2 tu..kat malaysia kita ada legoland di Johor..tapi itu hanyalah untuk model2 bangunan tertentu sahaja...

sue said...

kaisara aiman: train itu mahal. best sebab dia laju je.

faizal: legoland pun ada kat sini tapi lebih kepada untuk bersuka ria. Kalau Miniatur Wunderland ni, kita boleh tengok teknologi dan kepakaran dalam menghasilkan model2 kecil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails