Monday, December 26, 2011

Dachau: Concentration camp

Pada 11 Disember yang lalu, saya telah mengikuti trip lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Julie, penjaga kami di Reutlingen. Pada tahun ini kami melawat Dachau dan Augsburg. Segala perbelanjaan ditanggung oleh GIZ, kami cuma perlu membayar 3 Euro sahaja. Kami ke sana menaiki bas yang telah disewa khas. Tempat pertama yang dituju ialah Dachau, yang mengambil masa selama 2 jam dari Reutlingen.

Untuk pengetahuan semua, Dachau merupakan concentration camp yang terawal dibina di German, dibuka pada 22 Mac 1933. Camp ini dibuka sebaik sahaja Hitler mengambil-alih pemerintahan negara. Pada awal pembukaannya, kem ini dikenali sebagai 'the first concentration camp for political prisoners'. Mana-mana individu yang disyaki menentang Nazi akan dimasukkan ke kem ini tidak mengira bangsa dan agama samada orang german sendiri, Yahudi dan juga Kristian. Saban tahun jumlah 'banduan' semakin bertambah menyebabkan berlakunya krisis kekurangan makanan, wabak penyakit dan banyak lagi.

Berbanding dengan Ausschwitz,(rujuk entri saya Krakow,Poland) , kem di Dachau tidaklah seteruk mana. Tambahan lagi, walaupun terdapat gas chamber di Dachau tetapi mereka tidak menggunakan sepertimana di Ausschwitz yang merupakan tempat pembunuhan paling ramai jumlahnya dan terbesar.

Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah berhubung dengan Cik GOOGLE yang lebih arif tentang hal ini.


Tak lengkap rasanya lawatan tanpa menyelitkan gambar-gambar kenangan ketika berada di sana.

di depan pintu masuk ke Dachau

Tugu peringatan

suasana di dalam bangunan kem

Katil banduan

Bilik

pandangan nun jauh ke hujung. kanan dan kiri dahulunya dibina bangunan kem tetapi telah dirobohkan

Tempat banduan berhimpun di waktu pagi


p/s: dalam entri berikutnya akan diceritakan pula lawatan ke augsburg.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails