Tuesday, June 1, 2010

Krakow, Poland

Setelah tiga hari dua malam berada di Prague, kami menaiki tren menuju ke Krakow. Kami memilih bilik yang mempunyai katil. Saya bersama dua orang lagi kawan perempuan berada dalam satu bilik kerana setiap bilik mempunyai tiga katil. Ini merupakan pertama kali saya merasai pengalaman tidur atas katil di dalam keretapi. Mujurlah di dalam bilik sudah tersedia sinki, senang nak ambil wudhuk. Perjalanan ke Krakow mengambil masa selama hampir 9 jam.


Tujuan utama kami ke sini kerana di Poland, kami merasakan hanya concentration camp daya tarikannya. Untuk sampai di Ausschwitz, tempat terletaknya camp itu , kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Dalam perjalanan itu, saya kepeningan yang teramat. Ingatkan sekejap sahaja perjalanannya, rupa-rupanya ia memakan masa selama 1 jam 15 minit. Jalan-jalannya juga tidak sempurna, banyak bonggol dan lecak. Pemandangan di sepanjang jalan juga seumpama melalui jalan-jalan kampung di Malaysia.

Ok, sekarang mari kita menyelusuri sejarah kem tersebut.
Kem ini diberi nama Ausschwitz I. Kem ini dibina untuk menempatkan bangsa-bangsa Yahudi (paling ramai), Gypsi, Poland dan lain-lain (lupa dah). Kem ini merupakan kem yang terbesar yang dibina oleh Nazi German. Kem ini dikatakan yang terbesar kerana tahanan di sini berasal dari seluruh Eropah. Mereka dibawa ke sini menggunakan pengangkutan keretapi.

pintu utama menuju ke kem
black wall
tempat orang-orang yang melarikan diri digantung bagi menakutkan tahanan yang lain

gas chamber di Ausschwitz I
Pada awalnya iaitu pada awal tahun 1942, mereka-mereka ini terutamanya bangsa Yahudi diberitahu bahawa mereka akan dipindahkan ke suatu tempat yang baru, yang lebih selesa dan di sana mereka boleh memulakan hidup baru. Malah notis dan pengumuman dibuat di merata tempat mengenai penempatan baru ini. Mereka juga dimaklumkan yang mereka boleh membawa barang-barang kepunyaan mereka 25 kg seorang dan diberitahu supaya menanda beg mereka dengan nama dan tarikh lahir supaya tidak akan tertukar apabila sampai di sana.

Semasa mereka menaiki gerabak keretapi, mereka telah menerima dugaan disebabkan keadaan gerabak yang penuh dengan manusia, berlapis-lapis, tiada udara dan tiada juga bilik air. Ada yang mati sebelum sampai di kem ini. Setibanya mereka di kem ini, mereka diarahkan untuk meletakkan barang-barang kepunyaan mereka di tempat yang disediakan dan diberitahu bahawa mereka boleh mendapatkannya kembali selepas itu. Mereka kemudiannya diasingkan kepada dua kumpulan, satu lelaki dan satu kanak-kanak dan wanita. Waktu inilah proses pemilihan dibuat. Terdapat seorang doktor yang akan menentukan samada seseorang itu sihat dan terpilih untuk bekerja atau tidak.

Bagi mereka yang tidak terpilih, mereka diarahkan ke suatu tempat untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka disuruh menanggalkan pakaian terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat mandi. Di tempat mandi inilah mereka dibunuh dengan menyebarkan gas beracun. Mereka tidak menyangka mereka akan dibunuh kerana suasana di dalam bilik mandi itu memang seperti tempat mandi. Mereka akan mati dalam 9 hingga 15 minit. Kemudiannya, orang-orang terpilih yang ditugaskan untuk menjaga kawasan beracun itu dipaksa membersihkan tempat itu bagi membolehkan kumpulan yang seterusnya tiba di kem itu pula dibunuh.

Orang-orang yang terpilih dipaksa untuk mengambil barang-barang yang berharga di badan mayat-mayat tersebut. Rambut mereka dicukur untuk dihantar ke German bagi membuat tekstil, gigi emas dan alatan-alatan lain seperti besi diguna semula. Mayat-mayat yang telah siap diambil apa yang patut kemudiannya akan dibakar dan abu mereka dijadikan baja untuk tanaman. Pakaian-pakaian mereka yang awalnya ditinggalkan selepas turun dari keretapi akan diberikan kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan di german.

Selesai sudah cerita untuk orang yang bukan pilihan. Sekarang masanya untuk menceritakan perihal orang yang terpilih. Mereka akan dibawa ke tempat penginapan. Pada awal penubuhan kem ini, orang-orang yang terpilih akan diambil gambar mereka dari 3 posisi yang berlainan untuk tujuan rekod bilangan tahanan. namun setelah kedatangan begitu ramai tahanan, mereka menukar caranya dengan men'tatoo'kan tahanan tersebut berdasarkan tarikh kedatangan mereka. Mereka diberikan pakaian yang sama dan rambut mereka akan dicukur dan tidak akan dibiarkan berambut bagi membolehkan askar-askar Nazi mudah mengecam sesiapa yang ingin melarikan diri selain untuk mengurangkan kematian disebabkan penyakit berjangkit.

Tahanan-tahanan tersebut diberikan makanan berupa air kopi yang peratus airnya lebih tinggi, sup sayur yang langsung tidak mempunyai daging sebagai kalori dan sebuku roti yang diberikan pada sebelah malam yang juga dijadikan makan pagi mereka. Tahanan ini akan cepat-cepat menghabiskan roti itu, satunya kerana sangat lapar setelah 12 jam bekerja dan yang keduanya kerana jika ditinggalkan pasti ada yang mencuri di sebelah malam.

Selain itu, kanak-kanak dan wanita di dalam tahanan tersebut dijadikan bahan ujikaji bagi doktor-doktor mereka. Seorang doktor yang namanya Mengele menggunakan kanak-kanak sebagai mangsa ujikajinya dalam melahirkan kembar bagi meningkat populasi orang German. Penguasa kem itu juga gemar melakukan eksperimen ke atas tahanan contohnya untuk menguji sejauh mana askar mereka mampu berada di luar dalam keadaan bersalji dengan menyuruh kanak-kanak berdiri selama yang mungkin sehingga kaki kanak-kanak itu 'frosting' atau beku.

Ausschwitz II, Birkenau
 Barracks, tempat tahanan ditempatkan.
 Katil tiga tingkat, tempat tahanan tidur
 tempat mandi
 tandas tahanan
 rupa gerabak yang membawa mereka
 gas chamber di Birkenau yang telah hancur

Mereka juga menyediakan satu band buat tahanan ini bagi menunjukkan yang tahanan-tahanan selesa dan gembira dengan keadaan di situ. Di Birkenau, kawasannya 40x lebih besar dari Ausschwitz I dan keadaannya lebih teruk. Tahanan juga hanya dapat ke tempat mandi dan tandas jika pengawal memberi arahan. Hanya yang benar-benar kuat dan gagah sahaja mampu menggunakannya kerana dalam tempoh masa yang ditetapkan mereka terpaksa berebut dengan puluhan ribu tahanan yang lain. Disebabkan itu juga, ramai tahanan yang mati disebabkan penyakit dan penyebaran virus yang berleluasa.

Semasa sesi ini, kami menemui begitu ramai orang Israel. Terdapat sebuah kumpulan tentera yang di lengan mereka tertera bendera Israel juga turut sama melihat dan mengenang kembali sejarah mereka.Saya dan dua orang lagi kawan perempuan berasa sedikit takut dan bimbang semasa melintasi kumpulan ini yang duduk berehat. Lagi-lagi kami bertiga sahaja yang memakai tudung. Kami juga sempat mendengar mereka berdiri dalam barisan dan bersuara seperti berikrar atau bersumpah dan menyanyikan lagu negara mereka. Itu pada firasat saya. Kami segera memberitahu rakan-rakan yang lain yang ingin duduk sekejap menghilang kepenatan supaya cepat-cepat beredar selepas sesi tamat.

inilah kawan-kawan saya yang berehat, di belakangnya kumpulan orang Israel.

Setelah mendengar cerita dari 'tour guide' dari awal sehingga ke penghujung, apa yang saya perolehi ialah pertama, x boleh mengambil ceritanya seratus peratus kerana ianya mungkin diubah bagi kegunaan tertentu. Keduanya, saya sangat kagum dengan Nazi dan Hitler kerana berupaya merancang penyingkiran kaum Yahudi khususnya dari awal hingga akhir. Malah lebih mengejutkan saya dengan corak pemikirannya yang tidak mensia-siakan setiap apa yang ada membuatkan saya terfikir mengapa German begitu tegas dalam pengasingan sampah sehingga sekarang. Itu pendapat saya. Entah mengapa satu 'quotation' dari seorang pengawal mereka yang dipaparkan di dinding bangunan melekat di kepala saya. Kata-katanya berbunyi seperti ini: Bangsa Yahudi ialah satu bangsa yang sememangnya x patut ada di bumi ini. Mungkin juga kerana saya masih mencari di mana rasional kata-katanya pada waktu itu.

p/s: jom sama-sama kita berdoa moga aktivis-aktivis misi Lifeline 4 Gaza selamat.

1 comment:

bahiah said...

sue. msti camp tu haunted kan skrng? huhu. sya ada bca komen ustaz asri kat blog dia psl holocaust yahudi yg hitler buat. menarik! smpai hitler pon tau.

kem ni serius cm seram sue. meremang bulu roma tgk. kalu sya pegi, msti blik demam sbb teringat2. huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails