Tuesday, August 2, 2011

Working Life : 3

Sesi penutup. Tak banyak yang dapat saya kongsikan pengalaman bekerja atau lebih tepatnya berpraktikal di sebuah syarikat German yang bertaraf antarabangsa. Sebelumnya sangat banyak perkara yang terlintas tapi tak dapat diterjemahkannya dalam bentuk tulisan di dalam blog dek kerana kesukaran untuk melayari internet di rumah di Roding. Walau bagaimanapun, saya tetap nak cerita serba sedikit apa yang saya lihat, apa yang saya belajar dari sana.

Sebetulnya saya sendiri tidak percaya akhirnya saya berjaya menghabiskan tempoh praktikal selama 5 bulan itu. Sepanjang berada di sana, saya ditempat dikalangan software engineer bahagian Research and Development. Melihat mereka, saya rasakan mereka sungguh komited dengan kerja mereka. Sampaikan saya rasa mereka tiada life. Datang kerja awal pagi, balik lewat petang. Sibuk memanjang.

Kalau di Malaysia, pekerja ada je dapat bonus kan tapi tidak di German. Bonus tidak pernah wujud dalam sistem pekerjaan. Apa yang paling menarik yang saya perhatikan ialah kalau mereka tak suka dengan kerja kita, dengan selamba mereka akan menolak tanpa berdolak dalih. Kalau nak marah, straight datang tempat pekerja tu, dan memarahi dia. Selepas itu, bekerja kembali seperti biasa. Bohonglah kalau tiada cakap-cakap belakang, tapi selalunya mereka membiarkannya bagai angin yang berlalu pergi.

Selain itu, bos juga akan membuat pertemuan hati ke hati dengan pekerja sekali dalam setahun, membincangkan prestasi kerja anak buahnya, berbincang apa yang x dicapai dan apa yang berjaya dicapai sepanjang tahun dia bekerja. Dan untuk saya sendiri, setiap minggu saya ada meeting dengan supervisor dan salah seorang workmates saya membincangkan perkembangan yang telah saya buat. Maknanya saya tidak boleh melengahkan masa dan duduk goyang kaki tapi saya harus ada sesuatu untuk saya persembahkan mengenai kerja saya tak kiralah apa yang telah saya buat itu tak banyak. 

Paling best apabila pagi-pagi jumpa orang ucap Morgen biarpun dengan orang yang x dikenali, asalkan jumpa di pejabat mesti ucap. memang budaya mereka. Waktu makan tengahri pula akan diringankan mulut untuk melafazkan Mahlzeit. Jumpa je Mahlzeit! 



p/s: ada sesiapa rasa ingin berkongsi pengalaman di tempat praktikal x? teringin juga nak tahu suasana di tempat kalian.



2 comments:

hanafijaafar said...

mereka tak ada bonus, tapi dapat cuti 6 minggu berbayar. banyak tu..

sue said...

yup.. berbaloi pun. tapi kan x bestnya bila hidup banyak dihabiskan untuk kerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails