Wednesday, August 3, 2011

Iftar di Masjid Turki

Menjelang sambutan Ramadhan tiga hari yang lepas, saya mengambil peluang untuk memberi ucapan Ramadhan buat kawan turki saya, Esma di Facebook. Saya dan Esma hanya bertemu sekali sahaja, itu pun secara tidak sengaja, kalian boleh ketahui pertemuan kami di entri sini.

Ucapan saya bersambut apabila dia mula bertanyakan saya, adakah saya berpuasa di Reutlingen. Dipendekkan cerita, dia mengajak saya untuk berbuka puasa di masjid turki. Masjid tersebut menyediakan juadah berbuka buat semua yang berpuasa dalam bulan Ramadhan. Seperti yang dirancang, saya pergi ke sana. Oleh kerana itu merupakan kali pertama saya ke sana, saya tercengang sebaik sahaja berada di hadapan khemah yang terdapat di situ beberapa orang wanita muslim. Salah seorang menegur, mungkin menyedari kebingungan saya. Kami bersalam dan berkenalan. Dia memberitahu saya lokasi tempat iftar dan prayer room untuk kaum wanita.

Saya pergi ke ruang solat wanita. Ketika berada di muka pintu ruang tersebut, Esma yang baru keluar dari ruang itu terkejut dengan kehadiran saya lantas kami buat big hug. Syukur alhamdulillah. Dia mengenakan jubah hitam bersama tudung coklat. Manis dan tenang wajahnya, mungkin dek kerana penampilan yang berbeza daripada pertemuan pertama kami. Dia kemudiannya membawa saya berkenalan dengan kawan-kawannya serta seorang wanita yang agak berusia. Saya kurang pasti siapakah dia kerana mereka menggunakan bahasa turki sebagai bahasa pertuturan.

Selepas dikenalkan oleh Esma, saya melangkah memasuki ruang solat memandangkan Esma tampak sibuk menguruskan juadah berbuka. Saya memulakan sesi bersalam dengan semua yang ada di situ. Majoritinya masyarakat turki tetapi ada terselit seorang wanita dari somalia. Dia bertanyakan saya dari mana saya datang. Saya melabuhkan diri di sisi seorang perempuan yang agak muda. Kami berbual sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Namanya Aysenur, dilahir dan dibesarkan di German. 

Azan maghrib akhirnya dilaungkan oleh bilal masjid tersebut. Kami disajikan dengan hidangan kurma. Sebaik sahaja kurma dimakan, kami terus menunaikan solat maghrib. Time tu kan saya berusaha untuk memastikan kurma yang saya makan betul-betul sudah hilang di deria rasa. Sebabnya mereka tidak menyediakan minuman pun. Hanya kurma sahaja. Kami bersolat maghrib, bacaan imam memang ada dialek turki. Imam sempat membacakan beberapa potong ayat dari surah Ar-Rahman. Jujur mereka memang solat cepat. Tup tup dah siap. Waktu mereka berdoa pun, saya hanya dapat memahami beberapa keratan dari doa penuh yang dibaca. 

Selepas menunaikan solat sunat selepas Maghrib, kami menuju ke khemah iftar. Kami disajikan dengan hidangan turki. Saya makan semeja dengan Esma dan kawan-kawannya. Sepanjang saya berada di situ, satu yang saya rasakan sungguh indah. Percakapan mereka seringkali diselangi dengan ucapan memuji-muji Allah seperti Mashallah, Subhanallah, Alhamdulillah dan Inshallah.

Saya tidak menunggu sehingga waktu isyak kerana waktu malam semakin menuju ke puncak. Berikut adalah gambar yang sempat diambil ketika berada di sana.


Kawan-kawan Esma

Budak comel yang ada di majlis tersebut

Esma, tiga dari kiri. Cantikkan?

5 comments:

amir said...

"Esma yang baru keluar dari ruang itu terkejut dengan kehadiran saya lantas kami buat big hug."

ayat ni menyebabkan aku tersenyum. tak tau kenapa. macam, satu persahabatan yang ikhlas bermekar. :)

esok kita berbuka di stuttgart. tidak begitu?

sue said...

tau xpe.. =) act time tu sue pun terkejut dan tergamam sekejap. Indahnya persahabatan yang dibina walaupun perkenalan boleh dikatakan setahun sejagung..


Yes.. kita berbuka di stuttgart.. jumpa nanti.

Annur Shah said...

Assalamu'alaikum

salam ukhuwah...

sue said...

Waalaikumussalam wrt,

salam perkenalan dari saya

faizal said...

"Esma yang baru keluar dari ruang itu terkejut dengan kehadiran saya lantas kami buat big hug."

saya juga tersenyum baca ayat2 ni. memang bagi orng arab/middle east, hug tu benda biasa even dikalangan lelaki...rakan2 arab sy di univ kalu lama xjumpa memang ini perlakuan biasa..

Esma memang cantik..comey...wahooo..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails