Sunday, July 31, 2011

Roding yang kutinggalkan

Setelah lima bulan menjalani praktikal di Mühlbauer AG dengan pelbagai dugaan, cabaran, ujian dan macam-macam lagi, alhamdulillah saya sekarang telah kembali ke tempat asal di mana saya belajar iaitu di Reutlingen. Yeay!!!

Sedih sebab x dapat nak mengambil gambar tempat saya bekerja memandangkan cuaca pada waktu pagi berkabus dan diiringi hujan lebat pada sebelah petangnya. Nampaknya saya hanya mampu melakarkan kenangan itu hanya di minda. Terima kasih kepada kawan sekerja terutamanya Stefan, Martin, Andreas dan tak lupa supervisor saya, Rene. Oh, pakcik bas juga yang sering senyum. 

Sebagai kenang-kenangan, saya sempat mengambil beberapa keping gambar tempat di mana saya tinggal sepanjang 5 bulan bekerja di sana dan bandar Roding yang kekampungan. 

Inilah dia, rumah saya di Roding. Gambar ini diambil pada hari terakhir sebab tu nampak kosong.





Dan berikutnya pula pemandangan sekitar bandar Roding, cukup menenangkan.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails