Saturday, April 30, 2011

Oh, Air mataku!!!!







Entah mengapa pagi semalam saya x dapat menahan air mata saya dari mengalir. Ia jatuh juga tanpa kawalan ketat. Mungkin kerana hati dan minda sudah tidak mampu untuk menerima, terlalu banyak yang ditanggung selama berada di sini. Ujian demi ujian datang bertalu-talu. Dan saya sedar itu tandanya Allah sayangkan saya dan menginginkan saya selalu meminta padanya.

Pagi semalam tanpa sempat menjamah sarapan, saya keluar dari rumah menuju ke stesen keretapi untuk pergi ke Landratsamt. Pukul 6.30 pagi keluar rumah, awalkan? Dipendekkan cerita, sia-sia sahaja saya ke sana, duit pun habis walau sedikit dan masa pun turut disiakan. Yang bertambah hanyalah masalah. Keluar sahaja dari Landratsamt tu, terus dapat rasa mata bergenang dengan air.



Bila dapat berbual dengan seorang kawan ni, lagi la bertambah pengeluaran air mata. Tapi tidaklah selaju air yang mengalir sebab beberapa minit selepas itu, makcik teksi datang. Kena la cover sikit, nanti apa pula yang difikirkannya. 
"Budak ni menangis pagi-pagi lagi,pelik betul.."kemungkinan yang difikirkan.


Nasib baik x menangis teresak-esak. Pergi ke tempat kerja, ubah mindset untuk bekerja.. =)



2 comments:

Jusri Best said...

nangis sebab ape?

sue said...

Hahaha.. Entah lah, tetiba je rasa nak nangis time tu. Rasanya sbb penat g sana awal2 pg utk settle benda tu tp last2 x dapat settle kan. Dah la kene naik tren stgh jam.

Dhiah: baca komen atas ni. Mgkin faham mgkin x. Byk sgt dugaan. Tu yg termenangis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails