Saturday, December 25, 2010

Sabar itu susah

" Sabar itu separuh dari iman"

Malam ini entah mengapa hati teringin untuk menulis satu entri berkaitan kesabaran. Satu sifat yang tidak semua orang boleh memilikinya dan tak semua orang boleh istiqamah dengannya. Kerana tak sabar, orang sanggup buat apa sahaja hingga x termampu difikir oleh akal.

Saya bukanlah nak bercerita panjang lebar tentang sabar sebab kalau kalian nak tahu tentang sabar, kalian boleh klik perkataan sabar di skrin komputer. Terus akan muncul pelbagai penerangan mengenai sifat yang satu ni. Saya sekadar ingin berkongsi cerita.=)

Semester ini mengharuskan saya mengambil bahagian dalam Lab Microcontroller. Seperti lab-lab yang lain, kami diharuskan untuk membentuk kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli. Oleh sebab kawan senegara saya tak mengambil bahagian dalam subjek ini,saya dengan berat hati mencari teman dari kalangan german. Bukan x suka tapi bila dah sampai ke semester ini, kebanyakan sudah ada geng-geng sendiri. Dipendekkan cerita, saya ditemukan dengan Dragan. Seorang pelajar berasal dari Yugoslavia tapi sudah berbelas tahun menetap di German dan sudah fasih berkomunikasi dengan bahasa itu.

Saya harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya sangat berharap kami dapat bekerjasama dengan baik sepanjang lab itu berlangsung. Namun, siapalah saya untuk mengawal keadaan. Berbagai-bagai dugaan yang saya terima sepanjang menjadi rakan labnya. Lab Microcontroller bermula seawal jam 9.15 pagi setiap hari Rabu. Setiap kali itulah si dia selalu datang lambat, membiarkan saya terkapai-kapai keseorangan di dalam Lab itu.

Bukan itu sahaja, alasan yang sering diberikan ialah kesesakan jalan raya. Dia cakap yang dia tinggal jauh dari Uni, mengambil masa sejam setengah untuk sampai walhal dia ke sini dengan memandu kenderaan. Jika dicongak mengikut apa yang kakak serumah saya beritahu, x sepatutnya ambil masa begitu lama. Lainlah kalau naik keretapi. Kadang-kadang saya 'fed-up' dengan alasannya itu. Cuba kalian bayangkan, selalu lewat dalam 15-30 minit sampaikan beberapa kali pembantu lab bertanyakan saya mengenai dia. Bab ni saya masih boleh bersabar. Saya memberitahu diri sendiri bahawa ia hanyalah perkara kecil.

Dari mula kami berjumpa sehinggalah sekarang, saya rasa saya yang selalu kena terangkan sesuatu bab dalam 'task' kepada dia. Mentang-mentanglah jawapan task pertama saya dapat, dia suruh saya terangkan pada dia kesemuanya. Saya x kisah pun terangkan kesemua sekali, dapat juga perbaiki mutu bahasa german saya, cumanya kadang-kadang benda-benda yang sepatutnya diketahui pun dia x tahu. Contohnya macam kod asas dalam program yang boleh diperolehi dan difahami jika membaca nota yang diberikan Professor pun dia tanya.Kadang-kala nak terangkan dia satu-satu dah ambil banyak masa, lepas tu dah x sempat nak buat benda lain.

Lagi satu, dia ingat saya perempuan, saya rajin la. Selalu pergi kelas dan jadi macam perempuan-perempuan yang suka belajar. Geram bila mengingatkannya, ingat saya ni robot ke, selalu dapat pergi kelas. Mesti lah ada masanya x sihat dan x dapat g kelas. Tambahan lagi, kalau saya pergi kelas, bukannya saya dapat faham semua yang diajar. Secukup rasa dia sindir, kalau dia rajin ke kelas dan pandai xpe la nak sindir-sindir orang. Malangnya dia lagi la pemalas pergi ke kelas. Kelas Microcontroller tu, kalau dibuat sebulan sekali pun belum tentu dia pergi. Tapi bila dia sindir, saya buat dek je la. Takkan nak balas pula, diam dan bersabar je la, sebab kalau balas-membalas nanti akan terhasil perkara lain.

Pernah suatu hari kami ber'skype', dia memberitahu saya bahawa kami harus membaca dan membuat persiapan tentang 'task' yang kami perlu siapkan. Dari gaya penulisannya menggambarkan seolah-olah kami harus selesaikan semuanya secepat mungkin, memahami sebanyak yang boleh. Alangkah geramnya saya sebab sehari selepas itu, kami berjumpa untuk berdiskusi pasal 'task'. Dia seperti x bersedia dan macam biasa asyik bertanyakan saya setiap kod yang ada dalam program. Dia cakap dia dah belajar tapi dia x faham sebab nota tu dalam english. Dia menambah lagi yang dia belajar sampai pukul 3 pagi. Memang nasib dia, hari tu emosi saya tengah x stabil (period) ditambah dengah kesabaran yang dah lama terbuku, saya rasa kesabaran saya dah sampai tahap kritikal. Semasa dia memberitahu saya yang dia belajar sampai pukul tiga, saya tanya dia balik, belajar dari pukul berapa? Dia terus senyap. Padan muka!!!

Ye la, kalau belajar sampai pukul tiga pagi, xkanlah x faham satu apa pun. X logik sangat. Selama ini saya membaca nota dalam german pun sekurang-kurangnya faham sepertiga xpun sikit isi kandungan nota. Nak nak lagi bila dia pernah bercerita pada saya, dia pernah pergi ke Singapura. Hello? Kalau dah pernah pergi berjalan-jalan sampai ke Singapura, xkan x reti bahasa inggeris. Masa tu, saya cuba menenangkan diri saya sedaya yang mungkin. Sabar.. Sabar.. Sabar... Tapi memang x boleh, dia kena diajar baru dapat faham. Saya beritahu dia, lain kali kenalah bersedia dan membaca apa yang patut supaya x perlu buang masa untuk perkara-perkara remeh. Saya rasa waktu tu dia dapat rasa yang saya marah kat dia melalui percakapan saya walaupun gaya saya cakap bukan edisi tengking atau marah-marah cuma berbeza sedikit berbanding yang biasa. Dia mengatakan kepada saya, dia akan belajar dulu lain kali.

Lagi satu perangai dia yang saya x berapa suka ialah dia suka bagi tahu saya lambat apabila dia terpaksa membatalkan pertemuan kami. Lagi-lagi apabila saya terpaksa menunggu dia hampir sejam kerana terdapat slot yang kosong sebelum masa pertemuan kami. Kalau saya tahu awal, xperlulah saya menunggu dia di uni. Dah boleh terus balik rumah.

Hakikatnya, sepanjang perjumpaan kami saya rasa saya dah banyak bersabar dengan saya. Saya x cakap diri saya ni baik, sebab saya pun manusia biasa yang seringkali kalah dengan emosi dan perasaan serta bisikan syaitan. Apa yang saya selalu buat ialah ingatkan diri saya, mungkin ini ujian untuk saya sebab dalam subjek-subjek lain semuanya baik. Kalau saya x bersabar dengan karenah dia dan mudah melatah, mesti dia pun akan rasa perkara yang sama terhadap saya. Kita kena ingat bila terdetik rasa yang negatif pada kawan kita, kemungkinan dia juga merasa perkara yang sama terhadap kita.

Nabi s.a.w pernah bersabda :
 عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ


Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Tapi sabar pun kena berpada-pada tau, seeloknya bersederhana dalam semua perkara. Itu hanya sebahagian dari ragam manusia yang saya akan jumpa dalam dunia ini. Mungkin ada yang lebih teruk, saya x tahu. Kalau boleh, saya dah x nak jumpa orang seperti ini lagi. Cukuplah sekali saya mengalami ini.

Wallahu'alam.

4 comments:

it's about Me and You said...

deqja memmg geram dengan orang yg macm ni. kalau susahkan dia sorang jer takpe, ni menyusahkan orang laen jugak.huhu. su try la cerita kat lecturer dan mintak tukar groupmate. sabar yer :))

sue said...

sebelum ni dah berapa kali dah terdetik nak bg tahu lecturer utk tukar groupmate tapi bila pk2 balik.. lgpun lecturer pun dah tahu perangai dia yg selalu dtg lambat. sabar je la sebab sket lg.. skrg dah hampir siap pun wat task ngan dia.. so, dah x yah jmpa dia lagi da..=)

faizal said...

salam sue..
kalau saya jadi awak, dah lama say sound dia, cakap straight to the point....bukan marah tapi bagi dia sedar...

Unknown said...

kadang2 cuba tuk bersangka baik, tp bila2 dah lama2 sabar dah hilang, dah tak boleh fikir begitu dah..huhu. memang menguji kesabaran kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails