Entri ini sepatutnya ditulis minggu lepas kerana ia nya berlaku pada hari Sabtu lepas. Tapi disebabkan kekangan masa, saya terpaksa melewatkannya. Saya dan ahli rumah yang lain dijemput oleh Kak Rok, seorang wanita Malaysia yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap di sini, untuk ke majlis sambutan hari lahir anak sulungnya, Gianna. Dia sempat berpesan kepada kami supaya membeli hadiah kepada Gianna, tidak kisahlah apa dan berapa harganya. Asalkan datang bukan dengan tangan kosong.
Rumah kak Rok terletak di Dußlingen, bukan di Reutlingen. Perjalanan kami ke sana sungguh mencabar ditambah lagi dengan salji yang masih baru dan tebal. Mulanya, kami terlepas tren, naik bas, kemudian diberhentikan di permulaan lebuhraya disebabkan terlepas tempat berhenti yang sepatutnya. Kami ingat bas itu akan berhenti di stesen Dusslingen. Terpaksa meredah salji yang tebalnya melepasi paras buku lali untuk sampai ke rumah kak Rok.
Sewaktu kami tiba, Gianna dan kawan-kawannya sedang bermain. Semua sekali ada dalam 15 orang. Semuanya kawan satu tadika. Ibu bapa mereka memang menghantar mereka tepat pada waktu. Kalau cakap parti tu bermula jam 11, jam 11 mereka sudah ada di depan pintu. Bagus betul. Begitu juga waktu balik. Kalau cakap pukul 2 petang, 2 petang lah mereka akan diambil.
Permainan wajib bagi mereka di setiap sambutan majlis hari lahir ialah Flasche drehen atau pusing botol. Merka menjerit-jerit meminta untuk bermain permainan ini. Boleh pecah telinga kalau x bagi mereka main. Permainan ini sebenarnya permainan untuk buka hadiah. Bukan macam orang Melayu, buka hadiah bila tetamu dah pulang. Mereka akan membukanya di depan mata kita. Dalam permainan ini, apabila muncung botol ini menghala ke arah anda, anda harus memberikan hadiah anda kepada si penyambut hari lahir. Sekiranya seseorang itu tidak membawa hadiah dan muncung botol menghala ke arahnya, rahsianya akan terbongkar dan dia akan merasa malu kerana tidak membawa hadiah.
Selain itu, ada juga sesi merasa makanan dengan mata tertutup dan sesi membuat kad krismas. Selepas itu, upacara memotong kek, diikuti sesi makan-makan. Makanan yang dihidangkan kepada mereka simple dan mudah sahaja iaitu kentang goreng, nugget dan beberapa ketul roll daging. Kali ini mereka menjerit-jerit lagi meminta dihidangkan bersama sos tomato dan mayonis.
" KETCHUP, MAYO!!! KETCHUP, MAYO!!"
Dengan bersahaja mereka menjerit. Haish, kalau anak orang Melayu macam ni, memang x beradab la namanya. Tapi mereka bukan anak orang Melayu, anak orang German.
Kak Rok juga menceritakan kepada kami tentang persiapan yang dibuat. Kalian nak tahu, kawan-kawan yang hadir ke majlis itu semuanya terpilih. Mereka dipilih oleh Gianna. Kiranya di sekolah, mereka ada geng-geng tersendiri. Mana yang mereka suka, mereka jemputlah ke majlis hari lahir. Selamba bagi kad jemputan di sekolah depan orang lain. Mereka x kisah kalau kawan yang lain sedih atau x.
Contohnya, si A ni x rapat dengannya,si B menjemput si C depan si A tanpa segan silu. Memang dah budaya mereka.
Lepas tu, boleh pulak si B yang menyambut hari lahir ni bertanyakan si C, " awak dah beli ke hadiah kat saya?"
Bila si C jawab, " alamak awak, macam mana ni, saya x beli lagi hadiah kat awak.."
Apabila pulang ke rumah, si B merungut pada si ibu mengenai si C. " Ibu, ibu, si C x beli lagi la hadiah kat saya. Mesti dia datang x bawa hadiah nanti, x pun xnak datang."
Saya dan orang lain gelak-gelak dengar Kak Rok bercerita.
Majlis itu berakhir dengan sesi bermain salji di luar rumah. Semasa ibu bapa datang mengambil anak mereka, nak tahu apa pertanyaan yang dikeluarkan dari mereka.
"Anak kami ambil bahagian x dalam permainan atau bergaul x? " Kalau orang Melayu mesti tanya, anak saya nakal x. Bagitu lah perbezaan budaya antara kita dan mereka.
No comments:
Post a Comment