Sebelum tu, saya ingin ucapkan

Ada satu benda yang saya x pernah buat selama ini walaupun banyak kali juga terlintas nak buat. Kalian mesti x percaya dengan apa yang saya akan beritahu, tapi percayalah saya memang x pernah buat.
Dari mula masuk ke sekolah hinggalah menjejakkan kaki ke universiti, ada beberapa perkataan yang saya x pernah sebut apabila berbual dengan sesiapa. Saya rasa kalian dah selalu gunakannya cuma saya sahaja sukar untuk menyebutnya bagai ada permata dalam mulut. Berat sangat untuk mengucapkannya walaupun ia bukanlah perkataan yang panjang.
"Aku, Ko, Kau, Mung.."
itu perkataan yang x pernah nak terkeluar dari mulut saya. Saya pun x tahu kenapa tapi memang susah sangat nak sebut perkataan itu dalam perbualan dengan kawan-kawan. Suara macam tersekat di kerongkong. Tapi bila baca teks atau artikel yang ada tertulis perkataan itu, senang pulak nak baca, siap boleh baca kuat lagi. Bila waktu nak berborak, memang sulit.
Saya ingat lagi satu peristiwa ni, masa tu saya mesej seorang kawan lelaki ni. Tak ingat kenapa mesej dia, abaikan. Dan saya ada menulis perkataan saya di dalam mesej itu sebagai kata ganti diri. Dia pelik, terus tanya kenapa nak bersaya-saya pula. Saya dah dapat agak mesti dia akan rasa pelik, semacam, jadi saya terus menjelaskan pada dia yang saya memang guna saya bila bercakap dengan orang. Alhamdulillah dia dapat terima.
Kadang-kadang saya membahasakan diri dengan nama 'sue' selain 'saya', tak pun saya x masukkan kata ganti nama diri dalam dialog saya. Sesekali memang ada juga rasa kekok bila bercakap dengan orang yang bercakap 'aku' ni tapi dah memang x boleh nak sebut. Kalau mereka dah tahu saya macam mana, xpe. Yang berat bila yang x kenal saya. Terpaksa minda ligat berfikir untuk buat ayat yang sesuai. Teruk kan?
Lagi-lagi bila pertama kali bercakap dengan orang lelaki yang guna perkataan aku ni, mesti dia akan rasa x selesa. Biasanya saya terus bercakap tanpa menyebut 'saya' atau 'sue'. Tambahan lagi bila nak panggil orang tu. Selalunya saya panggil nama la tak pun x sebut pun, terus straight to the point. Susah tu memang susah tapi hakikatnya saya pun x tahu kenapalah mulut berat sangat nak luahkan padahal orang lain senang je.
Agak-agak ada x orang yang senasib dengan saya? Kalau ada, nak juga tahu cerita mereka. Tak pun, kalian ada idea x macam mana nak atasinya? Atau patutkah saya kekal macam ni? Teringat pula bila saya ceritakan pada keluarga saya, mereka cakap xpela, mungkin itu identiti saya.
6 comments:
sue, saye, ermm, aku, ermm hambe,...ermm..orang...........adoi, nak gune ape yek?hehehe
hahaha.. yus wat lawak..
sue, saye.. erm...~~~.. erm... hambe.. orang... ambo erm.. kawe.. erm.. kite.. ada lagi? :P
sue,it's goob..lebih baik dr guna word aku,kau...for me. ia menunjukkan rasa hormat n lembuh lembut...
faizal: really? thanks for saying that. But sometimes it's just so difficult to communicate with others who i don't really close to.
sha pun prefer guna nama yang cantik. lagi proper. sounds better kan? :D
shaa: kalu guna nama yg cantik, yup sounds better.
Post a Comment