Friday, October 22, 2010

Warisan Merdeka

Sesiapa sahaja yang mendengar mahupun membaca Agenda Belanjawan 2011 pasti mengetahui isu ini. Projek Warisan Merdeka yang akan dibangunkan yang memakan belanja RM 5billion. Projek tersebut membabitkan pembinaan menara 100 tingkat dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).



 Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.
Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya.

Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.

Turut diumumkan adalah projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL bernilai RM40 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020.

Najib juga berkata, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh seluas 1,072 hektar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Perdana Menteri berkata, satu lagi projek impak tinggi adalah pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), bermula tahun depan dengan nilai anggaran RM26 bilion.

Projek akan dilaksanakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi.

KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional, termasuk pakar syariah.
 sumber: Malaysiakini


Saya amat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana merasakan ia tidak patut. Kenapa perlu dibina lagi bangunan pencakar langit, sedangkan sekarang masih banyak perkara-perkara lain yang harus dpertingkatkan dan diperbaiki.  

Berdasarkan penelitian yang dibuat sepanjang saya berada di German dan mengunjungi beberapa negara yang lain, pembinaan menara tinggi bukanlah menyumbang kepada kemajuan sepenuhnya. Ia hanya sebahagian kecil.  Kemajuan bukan hanya tertakluk kepada pembangunan tinggi semata-mata tetapi lebih kepada teknologi yang digunakan dalam menguruskan sistem kehidupan manusia, kelancaran dan kemajuan dalam sistem pengangkutan, tahap mentaliti rakyatnya dan juga tahap sosio-ekonomi penduduknya. Itu yang saya rasakan.

Berada di German yang merupakan salah sebuah negara yang dilabelkan sebagai negara maju banyak mengajar dan membuka minda saya yang agak tertutup sebelumnya. Bangunan tinggi? Bangunan-bangunan tinggi di sini memang ada cumanya ia bukan sesuatu yang mampu menarik perhatian. Tetapi teknologi yang mereka gunakan hampir segenap pelosok kehidupan. Bukan itu sahaja, sikap dan perangai mereka turut membantu memajukan negara. Mana taknya, kalau bekerja kena fokus dan setakat ini tidak pernah sekali ada pensyarah yang mengajar saya yang 'makan gaji buta'. Maksud saya, jika waktu mengajar mereka perlu habis pada masa tertentu, mereka akan habiskannya tepat pada masa atau lebih sedikit, biarpun kadangkala pelajar yang datang hanya 5- 6 orang.

Apalah gunanya bangunan tinggi jika masih banyak rakyatnya yang bermentaliti rendah, sikap dan perangai mereka tidak menggambarkan kemajuan yang dikecapi. Lihat sahaja kepada masalah sosial yang semakin berleluasa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan muda yang bakal menjadi pelapis negara. Selain itu, saya merasakan alangkah baiknya kalau duit itu digunakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah kerana masih ada lagi di luar sana yang hidupnya miskin. Pembinaan menara itu mana mungkin membantu mereka, hanya golongan atasan sahaja yang mendapat manfaat darinya.

Itu hanyalah pendapat saya. Mungkin kalian mempunyai pandangan yang berbeza. Silalah kongsi jika sudi.

Wassalam.

2 comments:

hanafijaafar said...

menara berkembar petronas pun tak penuh diisi, takde orang nak sewa ruang...

ini nak buat lagi satu menara...

sue said...

mungkin hobi diorg kot buat bangunan tinggi2.. pastu kalau x cukup duit pinjam dengan bank dunia..

Yg KLCC tu pun entah langsai entah x hutangnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails