Friday, October 29, 2010

Hadiah terbaik

Minggu ini saya terpaksa menghadirkan diri ke Lab buat kedua kalinya disebabkan kegagalan kami menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan. Bukan saja-saja x nak siapkan, tapi kami ni slow sedikit dalam bab-bab yang berkaitan praktikal. Banyak yang kami x tahu dan banyak juga yang kami kurang faham walaupun sudah cuba untuk memperfahamkan diri dengan membacanya terlebih dahulu. Pelajar tempatan relax sahaja membuatnya walaupun jika ditanya mereka pun x faham sangat.

" Saya memang suka bab-bab hadir kelas 'tambahan' ni."w

Life must go on whether u like or not.. It'll keep going till the end of the world. Mahu atau tidak, saya harus membulat tekad, bukan senang untuk berjaya. Walaupun penat selepas menghabiskan lab Microcontroller sebelumnya, saya cuba untuk mempersiapkan diri untuk ke Lab Elektronic.

Berbaki dua litar yang perlu kami pasang dan membuat pemerhatian. Alhamdulillah kedua-dua pembantu makmal sangat baik dan sering membantu kami apabila merasakan kami memerlukan bantuan mereka. Salah seorang daripada mereka merupakan pensyarah di HS, juga merupakan penulis beberapa buah buku.
Alangkah bertuahnya saya rasa apabila tiba-tiba sahaja Herr Steimle membawakan empat buah bukunya setelah menerangkan kepada kami perkara yang kami kurang pasti. Dia menghadiahkan kami dua buah buku, iaitu buku bipolartransistor bahagian satu dan dua.

Terkejut bukan kepalang. Sungguh baik hati pensyarah saya ini. Dia memberikannya supaya kami dapat memahami topik itu dengan lebih lanjut dan dia juga menyatakan kepada kami bahawa dia gembira dengan kesungguhan yang kami tunjukkan, sanggup datang buat kali kedua untuk menyiapkan tugasan ini..

Minggu sebelumnya dia ada memberitahu kami tentang buku karangannya itu dan sebaik sahaja lab tamat, kami segera pergi ke perpustakaan bagi mendapatkan buku yang dicadangkan.Ehem, buku-buku itu ditulis dalam bahasa mereka ya! Kalau nak cari buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, ia hanya ada satu dalam sejuta.



Saya sangat terharu, nasib baik air jernih tak mengalir ke pipi.


Terima kasih ya Allah atas segala yang Kau berikan padaku.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum.
kali pertama kakchik singgah di sini. insyaallah nanti laporan amali tu akan dapat disiapkan dgn sebaik-baiknya. seronok kakchik lihat orang belajar kat Jerman. semoga sue berjaya menempuh pengajian di sana hingga grad.

sue said...

Waalaikumussalam kak chik. selamat datang ke teratak sue yg x seberapa ni..

InsyaAllah, semua itu banyak membuatkan saya lebih tabah dalam menjalani hidup di sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails