Thursday, October 14, 2010

Dia sudah dimiliki

Selama berada di Malaysia, ada satu hal yang membuatkan saya cukup terperanjat mendengarnya, iaitu perkataan 'KAHWIN'.

Semasa berada di sekolah rendah, saya dikurniakan dua orang sahabat yang rapat, Hannah dan Farhatul. Persahabatan kami berterusan sehingga ke sekolah menengah. Namun disebabkan beberapa perkara tertentu, saya dan Hannah terpisah dengan Farhatul buat seketika. Disebabkan terasa rindu dengan kawan saya yang seorang ini, saya menelefon ke rumahnya. Panggilan saya diangkat oleh ayahnya lalu saya memperkenalkan diri dan memberitahu ayahnya keinginan saya untuk berhubung dengan kawan saya yang dah lama saya x berjumpa dengannya apatah lagi suaranya.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya dapat menelefonnya secara terus. Saya gembira mendengar suaranya kembali, suara yang sudah lama tak kedengaran di halwa telinga. Kami berbual tentang keadaan masing-masing dan perbualan hinggap di satu topik, iaitu nikah, kahwin. Saya diberitahu dia sudah pun berkahwin. Subhanallah, jumpa-jumpa sahaja tup tup dah berkahwin. Jujur saya tergamam buat seketika. Terkejut sedikit dengan keterangan yang diberikan walaupun itu merupakan perkara lumrah yang akan diterima apabila usia sudah masuk 20-an.

Saya terkejut kerana di kalangan kami bertiga akhirnya dia yang kahwin dulu dan kami berdua tidak mengetahui tentang perkara itu dan yang paling menyedihkan saya dan Hannah tidak dapat melihat hari pernikahannya. X mengapalah, mungkin bukan takdir saya untuk bersama dia di hari yang penting buatnya. Namun, saya turut gembira dia sudah menjumpai jodohnya dan dia bahagia. Saya? Alamatnya lambat lagilah. Calon pun belum ada. Saya doakan dia menjadi seorang isteri yang solehah yang setia pada suaminya sehingga ke akhir hayat serta keluarga yang dibina sakinah, mawaddah dan rahmah.

Rindu nak jumpa dia sebab antara Farhatul dan Hannah, Farhatul lah sahabat yang paling lama saya x jumpa, lebih kurang 6-7 tahun. Dalam tempoh itu, saya hanya dapat mendengar suaranya sahaja di corong telefon. Harapnya nanti dapat juga saya bertentang mata dengannya walaupun kini dia sudah dimiliki.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails