Tiga minggu lagi. Oh, tidak! Masanya makin hampir. Tinggal tiga minggu lagi bersamaan 21 hari lagi untuk saya mempersiapkan diri sebaiknya dalam menempuhi peperiksaan akhir semester 2. Buat masa ini, saya tengah cuba untuk memberi fokus pada sesi ulangkaji, terutama subjek yang saya kira amat 'senang'(x boleh cakap perkataan, kata-kata kan satu doa) iaitu Festigkeitslehre (alih bahasa: strength of materials). Subjek ini berkait rapat dengan 'tension', 'stress', 'extension', 'moment'. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menyukai subjek yang satu ni tapi masih kurang berhasil seperti yang diinginkan. Tapi x mengapa. Saya akan terus berusaha sebab kalau saya mengalah, mungkin keputusan saya nanti teruk.
" Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik."
Sekarang suka sangat makan coklat sambil membaca. Sangat tidak sihat kan? :)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Sekian, dengarkan lagu ini, lagu penaik semangat buat saya untuk jadi yang pertama.
3 comments:
study smart..membuat sesuatu yang kita tidak minat itu mendidik kesabaran dan membentuk paradigma diri...good luck!
terima kasih atas kata2 yg diberikan. Insyaallah.
buat perlahan2..nanti akan minatlah benda yg kita xminat tu..
bila kita dah kenal benda tu, kita akan suka n then akan minatlah...
hehehehehe...
Post a Comment