Tanggal 27 Julai 2012, setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian ijazah dalam bidang kejuruteraan Mekatronik di University of Applied Sciences Reutlingen. Seakan tidak percaya, saya kini sudah bergelar jurutera. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Maha Pencipta.
Bukan sekejap masa yang diambil untuk menggenggam sekeping sijil ini. Selama enam tahun, saya mengimpikan waktu ini, bermula dengan kursus persediaan di Intec yang memakan masa dua tahun setengah. Masih segar di ingatan, saya dan rakan-rakan menjadi penuntut Intec yang tertua dek kerana tempoh persediaan yang paling lama. Bukan itu sahaja, jadual kelas untuk program A-Level German juga sangat padat jika dibandingkan dengan program lain.
Meneruskan pengajian ke German merupakan fasa permulaan kepada hidup yang lebih mencabar dan menarik. Saya ditempatkan di Reutlingen bersama seorang rakan lelaki dalam kursus yang sama. Dipendekkan cerita, semenjak semester ke-5, saya tidak lagi berada dalam semester yang sama dengannya. Belajar di German banyak mengajar saya erti kehidupan terutama semasa tempoh berpraktikal di sini. Kesusahan yang saya rasai semasa berpraktikal memberikan kekuatan kepada saya untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan dengan mengatakan kepada diri, "kalau saat perit masa lalu saya mampu untuk hadapi, kenapa tidak sekarang."
Semenjak belajar di sini, saya turut belajar untuk memotivasikan diri sendiri. Salah satu caranya ialah dengan mencabar diri sendiri setiap hari. Dalam menjalani pengajian di sini, saya juga sama persis orang lain. Kadang-kala saya juga lemah dan rasa x berdaya. Apabila merasa sedih dan ingin menangis, saya belajar untuk menjadikan Allah tempat pengaduan yang utama. Rakan perempuan memang ada, cumanya mereka berada jauh dengan saya. Hanya telefon sebagai penghubung kami. Jadual kelas kami yang tidak sama menyebabkan saya cuba mengawal emosi. Kadang-kadang mereka ada kelas, takkan nak ganggu mereka kan? Keadaan kami menghalang kami untuk berada di sisi selalu. Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Untuk mereka yang bercita-cita nak belajar oversea, jangan ingat belajar di sini lebih senang dan tidak mencabar ye. Persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Paling penting ialah penuhkan ilmu di dada terutama ilmu agama sebagai bekalan.
Cukup sesi bercerita, saya paparkan gambar semasa hari graduasi. Hari Graduasi di sini tidak semeriah di Malaysia. Tiada baju graduasi, tiada topi untuk dibaling. Agak sedih juga sebenarnya sebab tidak dapat merasa feeling grad dengan jayanya. Sijil pun hanya diberikan di dalam kelas.
| Rakan-rakan seperjuangan yang turut bergraduasi |
| Bergambar bersama Profesor yang menjadi supervisor untuk tesis. |
2 comments:
salam,,
tahniah dari saya..lepas ni boleh lah pulang menyumbang bakti kepada negara pula.
Wassalam. Terima kasih. InsyaAllah..sudah menjadi tanggungjawab berbakti pada negara.
Post a Comment