Saya mula meminati Ferrari setelah diperkenalkan dengan Formula F1 oleh satu-satunya abang yang saya ada. Pada masa itu, Michael Schumacher sentiasa mendominasi podium F1. Abang saya menerangkan kepada saya kelebihan yang ada pada kereta lumba Ferrari. Saya terus jatuh hati. Dari situ, minat saya pada F1 dan Ferrari semakin membuak-buak. Adakalanya, sanggup bangun awal-awal pagi semata-mata nak tengok F1, lepas tu kena marah dan dengar leteran percuma dari mak dan ayah.
Gara-gara minat yang mendalam, saya pernah menamakan diri di ruang Friendster dengan nama Ferrari. Agak lucu bila mengenangkan kisah lampau. Kalau dah minat, mestilah pernah memasang impian untuk naik Ferrari. Bak kata orang, setiap insan bebas untuk berimaginasi sebab ianya tidak dikenakan bayaran.
Itu semua kisah dulu, sekarang dah tak layan F1. Tetapi Ferrari tetap di hati. Siapa sangka kan impian untuk mengenali Ferrari dengan lebih dekat tercapai sekelip mata? Saya sendiri tak percaya. Sewaktu kunjungan saya dan beberapa orang kawan ke Itali, kami sebulat suara membuat keputusan untuk pergi ke Maranello. Muzium Ferrari terletak di situ. Sebelum sampai ke Maranello, kami keliru sekejap sebab untuk ke sana, kami melewati kawasan seperti perkampungan. Jalan raya pun macam jalan kampung. Acapkali ayat ini "Betul ke jalan yang kita lalu?" yang keluar dari bibir sebelum sampai ke sana. Kalau nak tahu, Maranello ni sebenarnya perkampungan Ferrari. Kereta-kereta Ferrari sering dijumpai di jalan raya di Maranello.
Setiba di sini, kami disambut gadis yang berpakaian seperti gadis litar. Dia memberikan broschure test drive Ferrari. Saya tidak memberikan tumpuan kepadanya kerana teruja nak masuk muzium Ferrari. Terbayang-bayang macam mana la agaknya muzium itu. Harga yang dikenakan untuk pas masuk, saya rasa agak mahal memandangkan muzium yang disediakan takde la besar mana pun. Malah lebih kecik dari BMW dan Mercedes. Harga untuk pelajar ialah €11.
 |
| Bergambar di luar Muzium |
 |
| Kereta-kereta klasik |
 |
| Dulu-dulu minat kereta ni |
 |
| F1 car.. Oh, seriously smart!!! |
Setelah puas melihat kereta-kereta Ferrari yang ada di Muzium, saya dan kawan-kawan berbincang dan sekali lagi membuat keputusan untuk pergi Test Drive. Alang-alang sudah berada di Maranello, rasanya tak sah kalau x mencuba. Hanya seorang kawan saya yang berani untuk memandu kereta, manakala yang lain sekadar menjadi penumpang. Bagi mereka yang berminat untuk memandu, harga yang dikenakan ialah sekitar €80 hingga €100 dan harga bagi penumpang ialah €20. Mahal tetapi berbaloi walaupun hanya menjadi penumpang. Pengunjung boleh memilih model kereta Ferrari apa yang diinginkan.
 |
| Sebelum menaiki Ferrari California |
 |
| Starting up. |
Pemandu profesional memandu kereta Ferrari yang saya naiki. Time dia pecut, seriously rasa best. Tudung masa tu x yah cakap la, senget habis jadinya. Muka pun terasa tebal. Paling menakutkan apabila dia pecut, lepas tu kami nampak ada lori di simpang jalan. Punyalah takut sebab sangat dekat. Tapi of course la, x terlanggar, dia kan pro. Untuk pengetahuan kalian, kereta Ferrari mampu mencecah kelajuan 310 km sejam. Menaiki Ferrari merupakan pengalaman terindah buat diri sendiri. It's not daydreaming anymore!
1 comment:
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Post a Comment