Saturday, October 8, 2011

Dah mula dah.

Nafsu untuk kembali membuat kek dan semua yang belum pernah dibuat telah mengasak. Apa pun, nafsu tersebut terpaksa diturunkan momentumnya. Alasannya kerana tiada oven. Kalau oven xde, macam mana nak 'baking' kan?



Oleh kerana saya baru sahaja berpindah ke bilik baru dan pagi tadi baru terima praktikumszeugnis dari Muehlbauer, dengan ini saya menghadiahkan diri sendiri dessert yang sangat mudah untuk dihidangkan.

Inilah yang terhasil, tadaaa...





Namanya Raspberry Oreo Mousse. Resepi asal menggunakan strawberry, tapi setelah pergi ke kedai, strawberry tidak lagi ditemui. Barangkali musimnya sudah habis. Kredit to Lovely Kitchen.


STRAWBERRY OREO MOUSSE
Bahan-bahannya :
  • 200ml fresh cream / whipped cream
  • 15g gula castor
  • 10 keping biskut Oreo
  • Buah strawberry  - ni saya guna raspberi
  • Cocoa powder secukupnya (van houtan) - x guna pun. 
Cara Menyediakannya :
  1. Hancurkan biskut oreo, sekali dgn cream di dalamnya.
  2. Pukul fresh cream dgn gula sehingga menjadi cream.
  3. Masukkan serbuk biskut oreo ke dalam bekas dessert untuk jadikan lapisan pertama.
  4. Kemudian susun buah strawbery di keliling bekas.
  5. Masukkan fresh cream sbg lapisan kedua.
  6. Ulang langkah 3 dan 5 sehingga penuh.
  7. Ayak serbuk coco di atas fresh cream tadi.
  8. Hias buah strawberry di atas serbuk koko mengikut kreativiti masing-masing.
  9. Sejukkan di dalam fridge sebelum di makan.

Kalau rasa bosan tak pun rajin, sila lah mencuba resepi ni. Pasti kalian akan berpuas hati. =)


p/s: shaa, gambar bilik baru nanti sue pm shaa ek, segan plak nak post dalam blog. Privacy gitu.. hehe

2 comments:

faizal said...

wow, sedapnya dessert tu...nak cuba buat nanti..hehehe

sue said...

cuba la, sedapp.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails