Sunday, October 16, 2011

4 hari berkampung

Minggu lepas bermula dari 10 hingga 13 Oktober, saya dan rakan-rakan sekursus dipelawa untuk menghadiri Pameran "Arena Of Innovation" yang bertempat di Stuttgart Messe. Bukan sahaja pergi untuk bersuka-ria melihat robot-robot dan mesin-mesin yang ada tetapi kami akan diberi satu tugasan sebagai pengisian untuk subjek Kreativer Systementwurf, subjek yang perlu diambil ketika berada di semester 6.

Oleh sebab itu, dengan rasa cuak dan takut, saya mengalah. Saya pergi juga. Matlamatnya untuk lulus subjek ini memandangkan subjek ini tiada exam, hanya tugasan yang diberikan. Pada hari pertama, kami diajar dengan Triz Method untuk menjadi kreatif dalam mencipta dan menginovasikan produk selama lebih dua jam. Kemudiannya, kami diberi masa untuk membentuk kumpulan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana ada seorang ni sangat baik hati, bertanyakan sama ada sudah ada group atau belum.

Setelah berjaya berada di kumpulan, kami diberi pilihan memilih tajuk-tajuk yang diberikan. Kumpulan saya telah membuat pilihan untuk menyelesaikan tajuk Shopping Cart. Terdapat beberapa kriteria yang diberikan untuk memperbaiki shopping cart yang ada antaranya menggunakan motor. Namun, atas alasan motor memberatkan trolley dan juga memerlukan perbelanjaan yang besar, kami memilih untuk fokus kepada satu point. Selain itu, kami juga tidak dapat menggunakan aplikasi RFID atau radio-frequency ID kerana antenna hanya dapat detect dari jarak dekat sahaja jika tidak menggunakan bateri iaitu hanya sejauh 100mm. 

Akhirnya kami memilih tajuk, Mobiles Navigation. Navigation yang praktikal untuk digunakan bagi sesiapa yang ingin menggunakan di supermarket. Maknanya navigation itu akan disediakan dan pengguna berhak membuat pilihan untuk menggunakannya atau tidak. Masalah RFID dapat diselesaikan jua dengan penggunaan WLAN. Semuanya berjalan dengan baik dan dihabiskan dengan presentation selama 3 minit di depan umum. Tapi saya x buat sebab kami memilih seorang sahaja untuk membuat penyampaian. Ok, saya x nak cakap banyak, sudikanlah diri untuk melihat gambar yang sempat disnap.

Welcome to Arena Of Innovation

Rakan-rakan yang sibuk menyiapkan tugasan minit-minit terakhir
Board kumpulan saya . BUYBOY/BUYGUY
Berikut adalah gambar-gambar dari kumpulan lain: 

sistem yang menggunakan ipad atau aplikasi phone untuk detect kerosakan pada  kapal terbang

dustbin yang boleh asingkan sampah sendiri

menggunakan aplikasi pada phone untuk check tahap kesihatan pokok
Selain itu, ni pula gambar-gambar sekitar pameran tersebut.









Ini yang saya rasakan menarik, saksikan video pendek. (Kualiti video kurang memberangsangkan, harap maaf)


Wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails