Tuesday, June 8, 2010

kisah KITA

Buat sahabat saya yang comel, siapa pun dirinya, biarkan ia menjadi rahsia antara kami. Mungkin ada yang dapat meneka setelah membaca keseluruhan isi kandungan entri ini.

Di awal perkenalan, saya dan dia malu-malu. Barangkali perkenalan kami masih baru,belum bersedia mengenali siapa awak dan siapa saya. Lagi-lagi dengan karakter kedua-duanya yang boleh dikatakan banyak membisu dari menjaja suara ke sana ke mari. Kami tidak banyak berbicara cuma sesekali memberanikan diri untuk berinteraksi memecahkan kesunyian yang sedia ada, cuba berkongsi pendapat dan idea kerana kami bakal belajar dalam program yang sama. Latar belakang kami jauh bezanya, tapi tidaklah terlalu ketara seperti hubungan yang terpisah akibat perbezaan darjat. Pernah juga soalan "bolehkah kita berkawan rapat dan menjadi sahabat yang baik antara satu sama lain?" bermain-main di fikiran. Namun soalan itu dibiarkan berlalu dibawa arus masa tanpa sebarang jawapan yang pasti. "Go with the flow" Madah itu yang dirasakan paling sesuai untuk menghadapinya.

Hari-hari mendatang dirasakan begitu ceria dan istimewa. Mungkin perbezaan itulah yang melengkapkan kita antara satu sama lain. Mungkin awak juga merasakan hal yang sama. Tapi itulah yang saya rasa. Sangat manis ukhwah yang terbina. Manis semanis madu. Alhamdulillah ya Allah kerana menemukan kami dalam sebuah pertemuan dan menyatukan kami sehingga sekarang.



Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tanpa disedari hubungan kami makin rapat. Kami mulai bertukar-tukar cerita dan berkongsi suka dan duka. Benarlah hidup ini penuh dengan kejutan dan kita hanya perlu menyiapkan diri menerima sebarang kemungkinan antara ketawa mahupun tangisan. Sangat mencuit hati apabila mengenangkan kejadian-kejadian yang tidak dirancang. Masih segar dan akan terus mekar di ingatan saya tentang kisah kita yang terpakai baju yang berwarna sama. Bagaikan ia baru terjadi semalam. Bukan sekali tapi lebih dari 3 kali insiden itu berlaku sehingga ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan, kita sengaja memakai baju kaler sama dan memberitahu mereka yang kita tidak sengaja. Itulah namanya jodoh. Itulah takdir yang telah ditetapkan oleh yang Esa. Betapa Allah itu maha pengasih, menjadikan hidup ini berseri dengan kehadiran kawan dan sahabat di sekeliling. SubhanaAllah.

Tidak hanya berhenti setakat itu, ada pula yang mengaitkan kita bagai isi dan kuku, bagai lagu dan irama yang x dapat dipisahkan. "Di mana ada saya di situ ada awak dan begitu jua sebaliknya."

Hidup xkan bermakna andai hanya kemanisan yang kita rasai, terkadang kepahitan mengajar kita lebih mengerti ikatan sebuah persahabatan. Masih jelas di kotak ingatan saya sewaktu awak menangis hingga mengalir titisan jernih di pipi gara-gara ada suara-suara sinis yang menyindir awak disebabkan kelemahan awak? Waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa hati ini bagai dirobek. Saya x pernah walau sekali membayangkan perkara seperti itu bakal berlaku. Setiap orang mempunyai perwatakan yang berbeza, ada kelemahan dan keistimewaan yang tersendiri. Ingatlah, kalaupun kalian tidak menyukai seseorang yang dekat dengan anda kerana ada beberapa perkara yang kalian x suka mengenainya, renungilah dan kenangkanlah kebaikan dan kelebihan yang ada padanya yang dicurahkan pada kalian. Cubalah untuk berbudi. Pepatah ada mengatakan jika kejahatan dibalas kejahatan itu ialah dendam, jika kebaikan dibalas kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa, jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

"Kejahatan patut dibalas dengan kejahatan yang setimpal. Namun siapa yang suka memaafkan dan suka mengusahakan kebaikan (kepada orang yang berbuat jahat), maka pahalanya menurut pandangan Allah lebih besar. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim." 
 asy-syura' ayat 40

Dulu awak selalu cakap saya ni 'hot stuff' (walaupun saya x rasa begitu). Roda telah berputar membiarkan yang di atas turun menjamah bumi dan membiarkan yang di bawah merasa udara di langit.. Sekarang giliran saya pula untuk mengatakan awak dah jadi 'hot stuff'. "Hot Stuff.." Jangan marah. Saya gembira melihat awak bahagia dan sering terenyum lebar sekarang. Hari-hari yang kelam sudah berlalu cuma sesekali usikan nakal sahaja yang menghidupkan hari awak.

Terima kasih awak sebab sudi menjadi kawan dan sahabat saya. Maaf saya pinta jika selama kita berkawan, awak tersinggung dengan saya samada dari segi perbuatan atau kata-kata. Semoga hubungan ini akan kekal selamanya dan diredhai Allah, insyaAllah. Saya doakan yang terbaik buat awak.

4 comments:

aqilahamira said...

ok nak teka!!classmate sue masa kat intec!!betul x??

sue said...

hmmm.. cuba lah tanya org tu sendiri.. kang slah org nanti.. huhuhu..
qilah, idea utk menulis utk alg10 girls ada tapi x tahu bila plak emosi romantic akn dtg.. huhuhu

aqilahamira said...

ala sue..boleh teka kot org tu izzahzuhaini..clue paling tepat,selalau terpakai baju warna sama..haha

sue said...

alaa.. dah xleh rahsia kan.. sorry izi.. saje je x nak g tau direct sbb kang izi blushing malu..hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails