Hari bertolak dari Reutlingen lewat sedikit berbanding hari sebelumnya namun masih dikira awal sebab masa bertolak ialah pada pukul 7.40 pagi. Destinasi seterusnya ialah Pulau Mainau, pulau yang dipenuhi bunga. Kami hanya pergi bertiga. Seperti biasa menaiki keretapi dan istimewa untuk hari ini,kami naik kapal.
Ju agak terkejut apabila melihat beberapa orang lelaki di depan pintu stesen keretapi memegang botol arak dan mabuk tapi bukanlah tahap yang teruk, tahap biasa sahaja. Dia mempercepatkan langkah akibat ketakutan dan menyebabkan lelaki-lelaki itu perasaan dan terus membuat bunyi derapan tapak kaki. Saya yang pada awalnya biasa sahaja, terus bertandang rasa takut. Sebenarnya, kalau anda melihat orang mabuk atau bergaduh di tempat awam, jangan dipandang atau dinampakkan perasaan takut itu. Buatlah seperti biasa seolah-olah mereka itu tidak wujud. Selagi itu, mereka tak akan mengacau kita. Malam sebelumnya pun, kami berjumpa dengan orang-orang yang x betul dan mabuk, bising memanjang. Kasihan saya melihat Ju. Dia x biasa melalui semua itu.




Walaupun bunga masih x penuh satu pulau tu lagi, tapi sangat menarik dan banyak tempat yang cantik. X rugi berpenat-lelah pergi ke sana. Sepatutnya hari ini kami balik awal, malangnya berlaku kelewatan dalam sistem pengangkutan utama kami menyebabkan kami tetap pulang lambat di rumah. Memang menguji kesabaran.
p/s: edisi ketiga bakal menyusul.
4 comments:
bunge2. romanticnye tmpt ni. nti nk honeymoon kt sni la. hehe (angan2 je)
sue mahal x nak naik kapal sume tu ?
hehehe.. sgt romantic..bleh r g honeymoon nanti. kalau amik tiket group, murah la. xde la mahal sgt. sbb dia dah included tiket tren, kapal n tiket masuk pulau tu.
salam kak sue. hehe
masa ni, tengah spring ye ?
bunga apa ye dalam gambar2 tu ? tulip ? subhanallah ! cantik ! :)
kuda pony tu comellah. boleh tanggung berat badan maximun berapa kg ? hehe
akak ambil course apa ye di Jerman ?
wassalam zahra.
yup, skrg tgh spring, tapi baru permulaan. kat dalam gambar tu mostly bunga tulip. memang lawa2. :)
owh, hari tu ingat nak naik r, rupa-rupanya, dia bagi untuk kanak-kanak je. hahaha. nasib baik x masuk dalam pagar dia lagi. not sure berapa maximum yg dia bleh tanggung.
owh, akak amik mechatronic eng.
Post a Comment