Bermula dengan perjalanan menuju ke Frankfurt Main Station, kami menaiki keretapi selama hampir 5 jam, bukanlah keretapi yang sama tapi bertukar-tukar. Sampai di Frankfurt, Izi, Bib dan saya mencari makanan di sekitar Frankfurt dan ada sebuah restoren menarik perhatian kami iaitu, Thai Fun (restoren thai yang halal).
Sabtu, 3 April 2010
Pagi ini terpaksa bangun seawal 4 pagi walaupun tido pada pukul 1 pagi disebabkan kami akan menaik keretapi seawal jam 5.30 pagi dari Aalen ke Hohenschwangau. Terima kasih kepada Sofia sebab membuat nasi goreng untuk makan pagi kami. Percutian kami ke sana turut disertai tiga orang pelajar UNIMEP yang terlibat dalam program pertukaran pelajar antara UNIMEP dan Hochschule Aalen. India, Cina dan Melayu, memang satu Malaysia. 4 jam lebih berlalu akhirnya kami sampai di Hohenschwangau, kami menaiki bas khusus untuk ke 'castle Neu Schwanstein'. Pelancong yang datang begitu ramai dan kebanyakannya dari China dan juga Korea.
Alang-alang berada di Bayern atau Baveria, kami singgah seketika di Munich. Sempat membiarkan Ju meninjau-ninjau dan 'shopping', saya hanya boleh mencuci mata sahaja melihat baju-baju yang cantik(tiada duit untuk shopping). Di sana saya x mengambil gambar kerana cuti tahun lepas saya sudah menjejakkan kaki.
p/s: maaf sangat-sangat sebab x upload semua sekali dalam satu entri. Penat x hilang lg. tunggu edisi kedua ye. harap bersabar.
2 comments:
salam sue. hehe slalu ska tgk sue nye trip. cantiknye castle tu. ;) .. ni bru siri 1, pasti siri sterusnya lg best kn hehe
wslm. hehehe.. tq sbb suke tgk trip sue. a'ah, castle tu cantik dan famous.
yg lpas ni lagi menarik, insyaallah. hehehe.. tunggu ek.
Post a Comment