Saturday, November 7, 2009

Happy Birthday to U.

Alhamdulillah semalam genaplah 21 tahun saya dilahirkan ke dunia ini dan genaplah 21 tahun saya melalui jerit payah kehidupan. Biarpun begitu, masih banyak lagi yang perlu dipelajari tentang kehidupan ini kerana usia sebegitu masih lagi muda dalam mentelaah dunia ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah memberi ucapan selamat hari lahir. Kasihan pada kawan 1 Malaysia saya yang menelefon di tengah malam,tepat jam 12 kerana pada waktu tersebut saya sudah nyenyak tidur bertutupkan selimut dan ditemani bantal. Walau bagaimanapun, terima kasih pada kawan saya itu kerana berusaha memberikan ucapan seawal yang mungkin.

Semalam saya teringin untuk memasak makanan yang spesial buat diri sendiri. Malam sebelumnya, mencari-cari koleksi masakan yang menarik hati. Nak buat pulut kuning bersama rendang atau kek atau kuih muih? Itulah yang bermain-main di minda waktu itu. Akhirnya pagi semalam saya nekad untuk membuat kek keju marble dek kerana sudah agak lama tidak membuat kek keju. Saya pergi ke Marktkauf (seperti supermarket) berteman MP3 untuk membeli barang-barang yang diperlukan selain membeli bawang (stok dah nak habis).

Balik dari sana, saya terus memulakan operasi membuat kek, satu persatu ayat dari resepi yang diambil diaplikasikan. Semasa membuatnya, tiba-tiba terdengar ketukan pintu bertali-arus. Saya tertanya-tanya, siapakah yang datang? " Adakah mereka-mereka dari rumah bawah (senior yang tinggal di tingkat bawah)? Tapi x mungkin mereka. X pernah mereka melakukan perkara seperti itu." Bisik hati kecil saya. Lantas pintu dibuka perlahan-lahan. Dan....

Alangkah terkejutnya saya pabila melihat mereka. Siapakah mereka? Hmm.. Mereka ialah kawan-kawan saya. Izi, Aqilah, Liyana dan Anisah. Subhanallah! MashaAllah!! Sungguh saya tak mempercayainya. Betulkah ini? Mereka semua dari tempat yang berlainan dan datang ke sini semata-mata untuk berjumpa dengan saya di hari kelahiran saya. Terharunya, tapi xlah sampai ke tahap menangis.

Izi bawa bekal bihun kari untuk dimakan beramai-ramai. Sedap. Kami bermain permainan (macam permainan ular tu), minum uluday(air berkarbonat keluaran turki) dan makan kek. Selepas itu, kami pergi ke 1001 Nacht untuk makan malam.

Ok, dah cukup setakat ini. X boleh panjang-panjang.hehehe:)




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails